Saturday, December 31, 2011

don't feel lonely, dear :)

assalamualaikum :)

so as what i've promised from the previous post, lemme share you some tips and ways about how to handle the loneliness after breaking up. how to move on, perhaps? tu susah sikit. tapi tengok lah. aku ni jenis kalau dah taip, tak boleh nak stop sebab idea mencurah-curah. *cewah*


FIRST OF ALL,

sebenarnya, korang kena letak dalam kotak fikiran tu yang putus cinta sebenarnya bukanlah teruk mana. memang lah awal2 tu macam frust menonggeng, tiap malam nangis before tidur, eyebags punya lah teruk, hidup pun macam nak tak nak je, dengar lagu emo sepanjang masa, rasa kosong and etc. tapi lama2, korang akan rasa enjoyy jugak hidup single ni. percayalah cakap aku ni. dah experience for almost two years dah. not exactly lah sebab dah reserved pong. :p OKAY OKAY STRAIGHT TO THE POINT.

sebenarnya bila korang single, korang ada lebih masa untuk diri sendiri dan kawan. mungkin masa time couple dulu2, korang buat itu tak boleh, ini tak boleh. kalau cross the line sikit, haru-biru jadi. senang cite, kena kongkong lah. bila dah single, buat lah aktiviti yang korang tak boleh buat time single dulu. like, hangout dengan guys and girls, pergi pamper yourself dekat spa, buat manicure ke, karaoke dengan kawan2, buat girls day out. bagi lelaki pulak, korang boleh lagi aktif in sports, main bola, futsal, rugby. if before this awek korang punya lah bising sebab korang asyik2 dengan sports je, sekarang tidak lagi. kalau dulu korang kena spend money banyak sebab kena belanja awek, sekarang tidak lagi. save pocket money, tak gitu?

pergh benda ni syok dow. *selingan jew*


tiap kali rasa lonely, cuba elakkan daripada buat benda2 yang boleh mengingatkan semula dengan si ex ni. dah tau lonely tu, tak payah lah nak baca2 balik text messages ex korang. bazir masa tau tak? you just hurt yourself even more. delete lah semua text messages tu tapi bfr delete tu, baca lah puas2. then delete. memang lah bila delete mesej tu bukan bermaksud korang dah boleh padamkan ex korang dalam hati tu. tapi buat apa nak simpan? nak baca bila rindu? tak payah nak rindu sangatlah, ex korang tak rindu kat korang pon. ada orang tanya, barang2 yang pernah ex korang kasi nak buang ke tak? bagi aku, tak payah lah buang. simpan buat kenangan. yelah, just imagine kalau ex korang pernah kasi korang baju CK ke, armani exchange ke, barang2 branded yang memahal, then korang nak buang? bapak lah membazir. kalau menyampah sangat nak tengok or pakai, baik korang jual je kat e-bay ke mudah.com ke. dapat duit tak gitu?


see. korang asyik2 menangis, asyik2 begging ex korang datang balik kat korang, padahal dorang dah memang tak pandang langsung pun. buat apa? bazir masa. dorang akan lebih puas tengok korang sedih. dorang akan rasa dorang dah menang. sebab apa? sebab dorang hidup happy je, korang pulak masih lagi terkial2 nak bangun balik. cuba tunjuk kat dia yang korang pon boleh move on gak. go find a new one. haha macam player pulak eh? tak lah. sebenarnya, salah satu cara untuk get over seseorang is by finding someone else to replace that person. :) kalau korang dapat jumpa the right one cepat2, lagi bagus. memang lah nampak macam desperate tapi actually benda tu membantu. trust me. at least, sikit lah. 

tapi ada certain people, jumpa ramaaaaai orang baru tapi still tak boleh move on jugak. tu kenapa pulak? maksudnya, korang tak jumpa the right one lagi.. dalam fasa selepas break up tu, korang akan tercari-cari sape sebenarnya yang boleh match dengan korang. ada orang, sekali jumpa dah terus jumpa the right one. ada pulak lepas berpuluh2 orang, baru boleh move on completely. depends lah kan. alhamdulillah, i've found 'mine' finally :D



sebenarnya semua ada dalam diri korang. korang nak pilih sama ada nak happy atau sedih, korang nak pilih sama ada nak hold on to the memories atau move on. korang pilih nak let go atau tak. tanya diri sendiri. tiada siapa pon boleh tolong korang melainkan diri korang sendiri. kalau korang nak happy, be happy. buat benda yang boleh buat korang happy. kalau korang nak move on, carik orang baru. as simple as that. hahaha memang lah cakap senang, nak buat nya susah. tapi fikir positif, okay? trust in yourself. kalau korang sendiri tak percaya diri sendiri, siapa lagi? :)

salah satu kelebihan bila lepas break up ialah korang akan dapat lihat sape yang benar2 sayang kat korang, kesah pasal korang, yang akan sentiasa ada bila korang perlukan, sape true friends korang :) then korang akan sedar yang buat apa korang nak sedih2 lagi padahal korang ada ramaaaaaaai lagi yang sayang korang, yang terima korang apa adanya. family never walk away. tu fakta. hubungan korang dengan family akan lebih rapat sebab korang ada lebih banyak masa nak luang sama2 and for sure dorang akan support korang. serious rasa disayangi :')

THE MOST IMPORTANT THING IS, bare in your mind that


ALLAH WILL ALWAYS LISTEN :) yes. ingatlah semua benda yang jadi ada hikmahnya. mungkin masa korang ada bf/gf dulu, hubungan korang dengan Tuhan tak berapa baik. bila lepas break ni, insyaALLAH relationship dengan Tuhan akan jadi lebih baik walaupun hubungan sesama manusia tak work out. bila sedih, carilah Dia. bila gembira, carilah Dia. buatlah solat2 sunat sebab solat tu sebenarnya salah satu cara nak berhubung dengan Allah. insyaALLAH korang akan jadi tenang. tenanggg and gembira sangat sampai tak terkata :')


_______________________________________

maybe aku ada terlepas few points yang aku nak tulis dalam post ni tapi aku harap korang sedar yang life is too short. live life happily, boleh? tak best lah asyik2 menangis je nanti hilang seri :) by the way, sorry for the harsh sentences ke apa. yelah, kalau cakap lembut2 nanti tak tertusuk sangat dalam hati. haha :)

sebenarnya tatau nak carik gambar interesting kat mana. so, cilok kat tumblr jelah eh :p

till then.

5 comments:

AsyrafRashidi said...
This comment has been removed by the author.
AsyrafRashidi said...
This comment has been removed by the author.
AsyrafRashidi said...
This comment has been removed by the author.
AsyrafRashidi said...

cari la cinta yg sekilas pandang,
akan teringat sampai bila2..
"pandang" melalui Hati..
bak kata Maher Zain
"InsyaAllah,ada jalannya.."
dan dia lah tuhan sebaik2 perancang..

yanamia said...

insyaAllah :)