Tuesday, January 31, 2012

yeay dah lulus :D

assalamualaikum,

alhamdulillah... setelah LIMA kali aku amik test jpj, akhirnya lulus jugak.. tapi mmg aku cakap dugaan mmg banyak sangat. dugaan pertama, aku dah set dah yang test kali ni nak guna duit gaji pertama aku tapi sayangnya bos besar tak kasi gaji lagi.. so aku at first dah nampak mcm petanda tak baik. anyway, ibu dahulukan duit die dulu jadi aku teruskan juga nak ambil test. dugaan kedua, gastrik datang balik. nauzubillah sakitnya. tidur pun tak cukup. "kena kuat, kena kuat." aku cakap tah berjuta2 kali dalam hati. dugaan ketiga.. aku dah siap2 pukul 7.20 pagi. abang jan, aka abang yang jadi cikgu memandu aku ni tetibe call last minute and cakap die taleh pick up sbb jammed dkt ampang.. mana lah aku tak menangis mcm orang meroyan kat rumah. call ibu, ayah, dorang tak pick up phone. last2 aku call teksi. teksi pulak takde yang available. mmg aku dah give up and nak sambung tidur balik... haha tp alhamdulillah abang tu sempat amek aku kat rumah.. masa on the way abang jan ada ckp, 'abang tgk awak dah expert dah. jangan gelabah, k' semangat terus aku!

bila dah start test tu... mmg mcm2 benda aku baca. terkumat-kamit aku baca ayat2 quran mohon Allah tenangkan hati. so bukit, alhamdulillah. jpj botak yg baik hati siap puji lagi hihihi die tau aku nervous kot. and.. straight ke parking... pergh. mmg wa cakap lu 3kali fail kat parking. tapi alhamdulillah, lepas. (walaupun kereta macam tak betul je aku park) hoho. then 3 penjuru... AKU TERMATI ENJIN bila nak reverse. seriously aku dah putus harapan sbb yeah, mmg fail sepatutnya tapi alhamdulillah.. jpj tu baik pulak kasi can kat aku. mmg Allah tolong lah bukakkan hati dia nak tolong.. sbb maybe die dah biasa tgk muka aku ulang kali repeat test hihi.

so.. dah dapat lesen P dahhh setelah hampir setahun menunggu :D alhamdulillah. kuasa Allah.. moral of the story is, jangan riak, jangan takbur. semua ni kuasa Allah. kita usaha mcm mana kuat pun tapi kalau Allah masih lagi belum kasi rezeki, jangan give up. semua orang ada rezeki masing2. aku mengaku bila aku lulus ujian komputer 49/50 and test on the road 19/20, aku agak bangga sikit. tp ternyata perasaan tu akan membunuh kita. sbb ni semua Allah yang tentukan. tak semestinya hebat test komputer,  kita akan hebat benda lain. tak semestinya tak pernah fail any subjects kat skola, kita takleh fail benda lain. rite? jadi, rakan2 sekalian yang belum ambil test, ini pesananku.. *cewah*

  • jangan give up kalau fail for the first time. buat yang terbaik untuk yg seterusnya.. 
  • JANGAN CUAK. seriousssssssssssss jangan. aku fail sbb cuak laa. kalau korg cuak pun, kena pandai control. tau!
  • baca selawat banyak2, ayat qursi ke apa2 ayat yg boleh korang baca. jangan stop baca. masa tgh tggu giliran and masa dalam kereta, baca je..
  • kalau ada jpj mintak rasuah, korang wat dont know je k.. tak elok. kalau rasuah hari ni, mmg la senang hidup kat dunia. tp kat akhirat nnt cmne?
  • doakan untuk orang lain juga.. yang ni adila yang bgtau aku. bila kita doa utk diri kita n orang lain, insyaAllah diberkati.

rasa lepas semua beban.. thanks untuk keluarga n rakan2 yang tak putus2 memberikan sokongan. sayang sikitttt mehhh. muah muah :* hihi assalam

5 comments:

Ili Ayuni Nodin said...

JPJ mintak rasuah? Amboiiiiiiii

afiqahjayy said...

FINALLY!! Alhamdulillah weh !! haha congrats to dila jugak ! haha

yanamia said...

hahah ili, serious aw :)

afiqahh, at last kan. alhamdulillah :)

AsyrafRashidi said...

Alhamdulillah..
semoga tabah lagi, dengan dugaan selepas ini..

yanamia said...

terima kasih :)