Saturday, February 25, 2012

al- fatihah

Al-Fatihah.....

ya Allah, sesungguhnya aku menyayanginya kerana dia saudaraku, kerana tatkala aku kesedihan dan berada dalam kekecewaan, dia akan menghulurkan bantuan untuk setia mendengar. tatkala aku bersusah-payah untuk meneruskan kehidupan kerana ditinggalkan lelaki tersebut, dia setia memberikan kata-kata semangat. aku tahu dia bukan orang yang mudah membuka rahsia hati pada sesiapa. dan aku bersyukur kerana Allah membukakan hatinya untuk berkongsi rasa mengenai insan yang pernah dia minati. aku selalu mengingatkannya bahawa dia terlalu baik untuk dimiliki seorang perempuan yang tidak mengenal erti setia. tapi kadangkala bila dia memerlukan aku , aku tiada untuk menjadi pendengarnya. aku terkilan. terlalu terkilan.

tatkala adikku menelefon dan mengatakan mengenai berita sedih ini, aku terpaku. aku terus mencari haziq, sepupuku yang turut bekerja di carrefour dan menyampaikan berita ini.. perasaanku tidak boleh dibendung lagi. Allahuakbar........... arwah meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak UITM. dia  meninggal di tempat kejadian. Allahuakbar.. ALLAHUAKBAR! :'( aku tidak sanggup utk menggambarkan betapa sakitnya mati.. 

sekiranya kau masih ada, Syah Idris.. aku akan gembira jika kau tahu betapa sayangnya aku dan rindunya aku pada kau. saudara mara kita kerap mengejek kita berdua. tapi mereka tidak mengetahui bahawa aku menganggap kau seperti abangku sendiri. kau seorang anak yang baik, pendengar yang baik. aku hanya mampu berdoa. moga dia ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah.

2 comments:

little.zirA :) said...

my darling girl Dyn, my deepest condolence. i am so sorry. i know its hard, but, be strong ok? you can do it, insyaAllah.. if anything thatyou would like to share or to let out, do know that i am here, always.
Love you.

:)

yanamia said...

love you more :)