Thursday, February 16, 2012

jangan menangis, bertenanglahhh

assalamualaikum...



menangis. memang aku kuat nangis. kalau penat, aku nangis. kalau lapar sangat dan takde makanan nak makan, aku nangis. kalau aku kecewa, aku nangis. kalau aku sakit, aku nangis, kalau aku rasa lonely, aku nangis. kalau aku tengok benda sweet sikit, aku nangis. aku tak rasa perangai aku ni pelik sebab bukan aku seorang je yang berperwatakan mcm ni. kenapa aku mesti nak nangis pulak? sebab bagi aku, bila aku nangis, semua perasaan aku tu akan keluar sama dengan titisan air mata. cewah. 

ada sesetengah manusia terutamanya kaum lelaki malu nak menangis. tapi apa salahnya.. orang cakap nangis tu tandanya kita lemah. tp bagi aku, tak. bila kita menangis, hati akan jadi lebih lapang, fikiran jadi lebih tenang dan lepas tu baru boleh fikir rasional.. bila emosi aku terganggu, aku mengaku aku akan fikir bukan2, cakap pun benda yang boleh mengecewakan hati orang lain dan aku akan menyesal tak sudah. tapi nak buat mcm mana, aku tak boleh tarik balik kata2 aku dan kenyataannya, aku dah buat orang lain sedih.

tapi satu benda je.. jangan terlalu ikut kesedihan hati tu.. contohnya, bila dah tahu sedih, tayah lah dengar lagu2 jiwang, layan perasaan. terutamanya sebelum tidur. syaitan dan jin suka kacau orang yang nangis sebelum tidur. percayalah. kalau dah sedih sangat tu, dengarlah orang mengaji al-quran kat youtube ke, dengar nasyid or lagu2 yang boleh membangkitkan semangat balik ke.. aku cadangkan korang dengar Imam Masyari baca al-quran.. pergh memang menangis laaaaa. mcm kalau aku rasa macam sedih sikit ke apa, aku akan dengar nasyid In team tajuk Segenggam Tabah. perghhh. memang terus tabah aku dibuatnya. kalau lagu omputeh lak, aku suka dengar lagu Keep Holding On by Avril Lavigne. tu pun memberikan semangat jugak. haha.

lagi satu. tau tak benda yang paling menyakitkan adalah bila kita paksa diri kita berhenti menangis. so kalau ada kawan2 korang tengah nangis, jangan ckp cmni, 'ala awakkk.. janganlah nangis...' tapi cakaplah mcm ni, 'awak nangis lah puas2 eh.. meh kita hug..' tu baru namanya membantu. kalau aku menangis, memang aku perlukan pelukan drpd sesiapa. tp selalunya aku peluk adila sorang je kalau nangis. haha. ish nampak sangat aku ni kuat nangis. -.- mcm aku ckp tadi, tak salaaaah. janji jangan meratap, meraung2 mcm orang mati laki. 

yang paling penting, biarlah air mata yang keluar tu disebabkan kita kenangkan dosa2 kita dengan Allah.. kalau nangis mengenai perihal dunia pun takde guna.. bila Allah turunkan musibah, maksudnya Dia nak kita dekat dengan dia. mungkin sebab kita dah terlalu jauh dengan Dia sebelum ni. jadi Dia turunkan masalah dan masalah dan masalah sebab itu tandanya Allah rindukan suara kita berdoa. kadang2 rasa mcm sedih sangat sebab aku mengaku aku kerap lupakan Dia bila senang... jadi jauhkanlah drpd mengeluh, terima dengan hati rela dan berdoa. bila rasa keseorangan, mengadulah pada Dia. insyaAllah kita akan rasa lebih rapat dengan Dia. :)

wassalam.