Saturday, April 21, 2012


assalamualaikum ,

Allah ciptakan aku sebagai hamba-Nya bukan disebabkan untuk puaskan hati semua manusia yg ada dalam dunia ni. aku tak sempurna, banyak sangat khilaf. jadi aku tak rasa kau semua berhak nak label aku dengan macam2. memang. aku patut biarkan kau terus mengata sebab siapalah aku untuk menutup mulut orang lain. cuma.. jika kau fikir kau boleh jatuhkan aku dengan mengata, kau silap. aku tak mudah melatah. sentap tu ada lah secebis cuma. tapi bila aku diam, bukan tandanya aku mengalah, bukan tandanya aku beri kau peluang untuk terus mengumpul dosa, bukan tandanya kau boleh pijak-pijak kepala aku. "haters will always hate." kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada. aku ada 'haters' padahal aku bukanlah siapa-siapa. kau dah macam... 'stalker' setia aku. memang betul pun hidup aku dikelilingi stalkers and haters. aku tak kesah kalau kau nak teruskan misi 'stalk till death' kau tu. as long as kau tak kacau keluarga aku dan kawan-kawan aku dah cukup. 

wahai kawan, sucikanlah hatimu dari sikap dengki. sekiranya kau maksudkan apa yg kau katakan, 'mentang-mentanglah HOT', untuk pengetahuan kau, bukan itu yang aku cari. apa gunanya 'hot' di dunia. kau fikir aku bangga dengan label tu? tak semestinya bila aku berkawan dan baik dgn ramai orang, aku dikenali satu pelosok dunia. tak semestinya bila aku punya 'ramai' kawan di facebook atau followers di twitter, tandanya aku dikenali orang di luar sana. aku bukan siapa-siapa. bagi aku tak salah mengumpul kawan. memang. kawan lelaki aku ramai. tapi aku masih tahu batas pergaulan. jangan kau gunakan alasan itu untuk jatuhkan aku. kawan perempuan aku lebih tiga, empat kali ganda ramai dari lelaki. apa yang kau nak dengkikan sangat? 

teruskan mengata wahai kawan. hidup aku di dunia ni bukannya untuk kumpul musuh. tapi jika kau rasa dengan membenci aku boleh membuatkan kau lagi bahagia, teruskanlah. aku doakan hati kau lembut suatu hari nanti. 

wassalam.

No comments: