Sunday, May 27, 2012

moga kau tenang di sana.

assalamualaikum,

bila tengok gambar atas ni je, terus berlinangan air mata.. 25Mei, genap 3 bulan arwah pergi. few days ago, aku termimpikan dia. dia duduk je n senyum.. aku bangun2 tidur terus nangis semahu-mahunya.. aku mengaku tatkala aku kesunyian, aku lebih kerap memikirkan dia berbanding org lain. bila aku fikir pasal arwah, aku akan ingat mati. itu yg bagusnya. dan yg agak menyedihkan, aku rasa mcm kehilangan yg sangat besar. aku tak rasa nak beraya pun tahun ni. aku tak rasa nak jejak JB lagi. aku tak rasa nak jejak rumah dia lagi. 

kawan yg betul2 rapat dgn aku tahu betapa rapatnya aku dgn dia. since kecik lagi aku dah baik dgn dia. main lumba lari sama2. tidur satu bilik. waktu tu kecik lagi. tidur ramai2. dia ejek aku gemok la apa. sampai besar still lagi ejek aku gemok n pontianak. waktu aku dah mula faham erti batas, aku dgn dia agak segan2. ktorg baik semula start from myspace. bila ada myspace rajin berborak, sampailah ke facebook. dalam real life, ktorg tak banyak cakap. sbb aku segan sikit.

masa form 4, tu lah tahun aku plg rapat dgn dia. texting tgh2 malam. waktu tu, aku baru break up. dia pulak baru frust dgn someone. so masing2 cerita hal masing2. aku nangis dgr cerita dia. aku selalu fikir siapa yg bertuah dapat dia. dia sgt setia. sgt sgt setia. tapi sayangnya Allah lebih sayangkan dia. ada satu malam, dia text aku. dia ckp dia sedih sgt. dia tak segan utk mengaku yg that was the first time die nangis sbb perempuan. waktu tu, aku anti gila dgn perempuan tu. aku menyampah dgn perempuan tu. n waktu form 4 jugak, aku n dia rajin stay up texting tgk world cup pagi2 buta. kdg2 die kejut aku bangun tdo sbb nk tgk bola. both of us minat the same team. spain. dia pun minat lvp. so bila dia dtg rumah, ktorg rajin tgk bola sama2.

form 5, aku agak busy. so kami agak renggang. cuma kadang2 aku ada tanya dia dah jumpa org baru ke. n yup, dia kata ada. aku happy sgt sbb at least dia akan gembira juga. aku rasa unfair kalau aku je happy. tapi...... the next time aku tanya lg pasal dia n the girl, dia ckp nothing happened antara dorg. so aku still wonder siapa yg bertuah dpt dia satu hari nanti.

bila aku dapat tahu yg dia meninggal. aku rasa tak percaya. hazmi called, aku menjerit dalam kedai (time tu aku kerja) aku terus carik haziq, cousin aku yg kerja carrefour gak. tp waktu tu aku tak boleh nangis. mata aku merah. tiada air mata mengalir. ayah datang kedai n make sure aku okay. aku suruh ayah drive kereta, even ayah mmg tak boleh drive. tp nk buat mcm mana. i was so emotional that time. waktu tu aku rasa mcm mimpi.. aku balik rumah, kunci diri dalam bilik n nangis.. tp still, aku tak boleh nangis semahu-mahunya.. 

sampai je dekat rumah arwah, aku nampak jenazah. muka masih belum dibuka. sbb nak tggu tokmak tiba dulu baru bukak kain kat muka. bila bukak, muka arwah bersih sangat. tp kepala dia darah banyak. telinga pun. bantal penuh darah. arwah meninggal accident motor. dia tercampak jauh masuk dalam longkang sebab kena langgar dengan kereta yg bawak laju. waktu tu, aku rasa mcm.... nak pengsan.. baru aku sedar ni bukan mimpi.. aku terus tarik abang pergi belakang dapur, peluk abang n nangis puas2. abang nangis sama sbb abang pun rapat dgn dia. 

arwah anak yg baik. dia pasang niat nak belikan rumah untuk abah n mama dia. sbb dia bukan dtg from keluarga senang. antara ramai adik beradik dia, dia tak pernah buat perangai. mmg betul org baik Allah tarik nyawa awal.. hancur luluh hati, hanya Allah yg tahu.. waktu aku sampai rumah arwah, ramai kawan2 arwah ada sama. satu bas from UITM Jengka. bila kebumi pun, penuh satu tanah perkuburan tu. 

lepas habis selesai semua, uncle yg paling aku rapat ada tanya, 'mira tak nangis ke idish meninggal?' maybe sbb most of the time aku nampak tenang dpn mereka. aku tak tunjuk sangat aku sedih. even uncle aku pun menangis dpn orang, aku ni watlek je.. aku just ckp aku redha dia pergi. aku tahu dia bahagia kt sana. dia anak yg baik, kawan yg baik, saudara yg baik. aku tak boleh nak buat apa. nangis pun tiada guna. meratap apatah lagi. doa je buat pengiring dia di sana.

ya Allah, kau lindungilah saudaraku dari azab kubur-Mu.. amin...

siapa tahu esok lusa hari kita menyusul tiba. bersiap sedialah.






2 comments:

syuk esa said...

:') he's a very very good friend. miss him :') Al-Fatihah

yanamia said...

yes, he was :)
we gotta be strong! hihi