Friday, June 8, 2012

first week in PALAM

assalamualaikum,

pa habaq? rindu ceq ka? haha alhamdulillah orientasi di UITM Puncak Alam habis lebih awal dari apa yang aku sangka. I was expecting seminggu orientasi tp ended up habis hari rabu. so I'm home already maaa. balik rumah semalam :D home sweet home :) hari ni bangun kol 11.30 pg. skip breakfast terus lunch pas zohor hihi (Y)

so how was it? PALAM best tak? tau dah mst korang nak tanya tu. meh ceq nak habaq,

masa registration nak dapat kunci bilik, sepatutnya aku dapat blok Rafflesia 3, tingkat 3, rumah 8, bilik D. tapi bila aku tengok bilik aku tak sama ngan adila, aku dah pucat n nak nangis. sebab adila patut dapat tingkat 4, rumah 1. mmg kira beza satu tingkat kot. susahhh. so aku pun kabut2 ckp dgn akak yg jaga tempat registration tu yg aku nak sama dgn dila. n kasi la sebab utama kenapa. then alhamdulillah, dorang tukarkan balik. alhamdulillah. mmg muka nak nangis dah aku masa tu. hahaha :p tp ada gak kawan lain mintak tukar tak boleh. kes aku n dila special kes :p

so meh usha bilik gegirl and didi ,

R34001/A2

bilik ktorg agak besar dari bilik2 yg lain. bila housemates tgk bilik ktorg, they were like, 'besarnyaaaaaaaaaaa bilik..' haha . dlm bilik ada satu almari locker, satu meja belajar dan satu katil dgn satu bantal. alhamdulillah. bilik B Aisyah n Wani dari Kelate. semalam aku lepak kejap bilik dorang. and ada la gak beberapa org kawan mereka berdua dari blok lain datang berborak2.. aku macam.... ya rabbi apa menatang dorang cakap ni.. dok pahe.. bila aku try ajuk dorang cakap, dorang ckp aku cakap mcm orang siam. :( haha bilik C ada sorg nama Diana. Syahirah Diana. n orang panggil dia Diana. so aku dah mcm... aduh, takkan nak suruh dorg panggil aku Amirah? -.- Diana from Puncak Heights. roommate Diana dr Pahang tp aku tak ingat nama. Nabila rasanya. bilik D pulak sorang nama Anis sorang nama, AMIRAH. haha weh.. dua2 nama aku ada.. so aku suruh dorang panggil aku Diyan. mcm awkward pulak dorg panggil cmtu sbb yela, panggilan nama Diyan tu for close friends sebenarnya. 

from left: Diyana, Adila, Diana

lepas registration, pukul 3 ptg dah mula orientasi. aku tak ingat lah apaaaaaa. tp basically MDS ni pasal taklimat la. taklimat asasi, taklimat universiti, taklimat akta, taklimat bla bla and so on. di samping itu, seniors2 yg handle ada selitkan beberapa game, cheers and etc. seronok la jugak ber tak malu bersama-sama. hidup aku bersama-sama n berkepit dgn dila 24/7 mmg penuh cabaran dan dugaan. dia ni jenis pakai redah je semua. aku lak jenis takut2 and ikut peraturan je. so mmg la nak tercabut nyawa aku dgn dila ni hahaha. kena marah dgn senior la, naik bilik malam2 buta padahal tak boleh (nasib dapat permission) and so on~ 

kami dari BTHO.



 tudung free kami dapat! tengok mata saya! haha ya Allah hanya Dia yg tahu betapa seksanya bila mata ketumbit orang pandang semacam. dah la bengkak kot :( so aku diamm jela most of the time. tak mencari kawan lagi. cakap pun segan2.. tak selesa lah. lgpun aku takut org lain pun tak selesa tgk aku :( dugaan.. huuu. waktu perasmian MDS, hari selasa tu kami dikehendaki memakai baju putih, kain hitam n this tudung. while lelaki dapat tie free. mcm sekolah je semua. ucapan live streaming from UITM Shah Alam dari Naib Canselor UITM was.. comel. hahaha dia comel sangat. :p

rabu petang pulak kami ada senam robik. oh lupa nak cakap yg sebenarnya dalam hampir 2900 org pelajar, kami dibahagikan kepada dua group dipanggil wave 1, wave 2. wave 1 ni kpd sesiapa yg daftar 2Jun while wave 2 kpd 3Jun. so waktu senam robik, dua2 wave ni dikumpulkan dalam satu kawasan lapang besar. besarr laaaaaaaa. elok2 view depan bilik aku. hewhew. imagine lah mcm mana nak senam robik kalau hampir 3000 org kat situ -.- aku n dila senam sendiri hihi. n I met Siti Hajar! hihi kawan dari zaman myspace kot. dia perasan aku dulu. aku kan nak cover mata so mcm segan2 je nak ckp. hihi 


majlis penutupan MDS was on wednesday. malam rabu tu semua berkumpul. seniors yang handle. comel gila la dorang. ada abang senior menyanyi. abang jimie and abang syuk. abang jimie sejibik mcm anep. cuma abg jimie berisi lagi la. hihi. dah la lawak. nasib baik aku duduk depan so nampak clear la. geng2 lelaki sebelah aku ni pulak punyalah hampeh suka bahan orang -.- paling kelakar, ada insiden 'HOI!' hahaa tanak ckp la kat sini. memalukan orang pulak.. bila ingat mesti tergelak. hahahahahahahahahahaaaaaa. K K.


jadi UITM Puncak Alam habis orientasi hari rabu. UITM Shah Alam habis jumaat while UITM Puncak Perdana habis hari khamis. lega wa cakap lu~ semalam bfr balik ada program. aku beli e-kamus sbb macam menarik je. so bila kepala aku stuck nak buat assignment in english, leh guna translator je. hanya pelajar uitm je ada benda ni. bagus laah. harga pun murah, rm80. then aku n dila pulak pergi menjelajah fakulti n carik tangga keramat for the first time.. masa turun tangga keramat tu cool je.. pergi check group, aku group E1. beli lab coat dgn tag matrik, amek notes maths. then the best paart was, naik tangga balik bfr heading back to college.. mmg masa nak naik tangga aku nyanyi lagu AF, Menuju Puncak tu.. hahaa.

ada pulak masalah yg perlu kami selesaikan bfr balik bilik... pintu bilik aku xleh kunci.. aku rasa sebab aku la kot.. aku kunci pintu ketat sangat sampai xleh bukak.. so ktorg lepas balik from fakulti, pergi la buat report dgn bahagian pengurusan kolej lah apa.. n alhamdulillah, everythg was stlled bfr aku balik rumah.. ibu ayah ambil.. n here I am, blogging like a boss :p

truthfully, aku dah rinduuuu palam :( aku rasa aku akan rindu palam once aku dah melangkah pergi dari sini. aku harap Allah permudahkan semua.. insyaAllah. nak ada kawan2 baru.. aku ni nampak mcm sombong tp lama2 kenal mst korg suka aku *promote diri sendiri* haha aduhaii~

ahad nanti kena balik awal.. nak tour fakulti n cek kelas mana so that tak sesat once dah start class isnin ni.. aku doa aku kurus kat sana.. amin. :D
next week tak leh balik. ada urusan dgn kad matrik. hihi okke! boleh belajar. duduk rumah malas nak belajar. hihi. k lah. till then :)



9 comments:

woot woot ;) said...

haha alaa nk segan apenye , chillax la :)

yanamia said...

hihi segan lah dgn mata cmtu :p

Nadd Keynes said...

from a senior. eceh. yes, u will miss palam a lottt. mcm saya sekarang, tgh rindu, itu yg terterjah blog kamu :)

yanamia said...

yeekee, awhh tu lah :)

RaisyaSukor said...

aisya nak masuk palam!!!!!!! tgh tunggu rsult

yanamia said...

goodluck sayang!

INFINITE COLOURS said...

Masa perasmian MDS tu kan kena pakai kain hitam?is it kain baju kurung or any kain would be?i mean skirt.

yanamia said...

any kain boleh. sis dulu pakai skirt cotton tu je haha

lust slayer said...

apa je yang kena bawak masa orentasi tu kak?