Thursday, November 29, 2012

assalamualaikum,

aku bukan hamba yg sempurna. kerap kali aku melakukan dosa, kerap kali aku berkata nista, kerap kali aku membuat yg lain terasa. tp apakan daya? itu mungkin di luar kawalanku. tanpa sedar. tanpa niat. di sebalik senyuman yg aku lemparkan buat semua, di sebalik ilmu yg aku kongsikan bersama-sama, ada kisah di sebalik itu. kusimpan rapi dalam kotak memori pahit. ikutkan hati, ingin saja aku buang yang pahit itu. biar yg manis saja yg kusimpan. kalau boleh, hati ini sama sekali tidak ingin berada dalam jasad ini. kurasa kotor. jijik. kulihat mereka yg masih terperlihara, kurasa cemburu. mengapa aku tidak seperti mereka? mungkin ini suratan. ini jalan yg suatu ketika dulu pernah aku pilih.

sesal mmg tiada guna. menangis air mata darah bagaimana pun aku masih tidak punya kuasa untuk putar semula masa. untuk perbaiki apa yg salah. aku pasrah. aku redha. jika ini suratan yg Allah takdirkan, aku terima. aku akan bangkit untuk menjadi hamba yg lebih baik. bukan lagi yg suatu ketika dulu sesat kerana mainan dunia. bukan lg yg suatu ketika dulu hanya ketika susah, kucari Dia. tatkala senang, kubiar saja. bila umur semakin menginjak dewasa, fikiran lebih matang. sudah tahu mana buruk, mana yg bukan. yg baik diambil buat pedoman, yg jahat disisihkan.

wahai teman tersayang, usah kau bandingkan nasibmu dgn yg lain. mungkin bagimu hidup ini tidak adil. tp ingatkah kamu tentang janji yg pernah kita semua, sebagai hamba-Nya, ungkapkan suatu ketika dahulu di hadapan Allah? sebelum kita dihidupkan di dunia? sebelum roh kita ditiup di dalam jasad? sebelum kita kenal erti hidup? kita berjanji Allah itu Esa, hanya Dia yg wajib disembah. kita berjanji yg kita sama sekali takkan melanggar suruhannya. tp ke mana janji itu pergi? dunia hanya persinggahan sementara sebelum ke alam yg kekal selamanya, alam yg abadi, yg hakiki. ada apa pada dunia? usah ditangis benda yg tak pasti. usah ditangis jika tangisan itu bukan kerana dosa semalam. usah ditangis mengenang perihal yg bersifat sementara.

perasaan takut itu lumrah. takut kehilangan insan tersayang, takut apabila hati disakiti, takut sekiranya kecewa memakan diri. tp sebaik-baik perancang itu ialah Allah. hanya Dia. apabila kita yakin, kita letakkan Dia di satu tempat khas yg tiada siapa pun mampu capai. hati akan tenang, setenang-tenangnya. dugaan yg diberi, kita terima. kita usaha. kita hadapi. bukannya lari. atau biar sahaja menyendiri. hidup harus diteruskan sebelum ajal datang menjemput. persiapkan diri utk ke arah itu. ke dunia yg lagi satu. perasaan gundah, risau itu hanya mainan syaitan. ikut saja arus. perihal hidup, ajal, jodoh, masa depan. 

siapa yg tidak mahu tahu siapa jodoh mereka? itu lumrah. keinginan itu sentiasa ada. tapi jika terlalu difikirkan sangat, takkan ke mana. usah cemburu melihat mereka yg bahagia tanpa ikatan yg sah kerana itu tidak seindah yg halal. mungkin ada yg tidak tahu komplikasi dalaman, hati yg dialami mereka yg sdg dalam perhubungan. jangan diminta dipercepatkan jodoh. mungkin masanya belum tiba. percayalah, mmg setiap insan di muka bumi ini ada pasangannya. mungkin jika tidak bertemu di dunia, akan bertemu di alam yg lagi satu. 

cuma apa yg perlu adalah keyakinan. yakin dgn qada' dan qadarnya. doa. selebihnya kita serahkan pada Dia. 





No comments: