Wednesday, November 28, 2012

budak science stream dah merdeka dah..

assalamualaikum :)

hari ni memang mood swings. sedari awal pagi. dengan badan yg tak berapa nak sihat. perut yg asyik meragam. tu lah padahnya bila nak diet secara tak berapa nak betul. apa nak buat? aku kena kuruskan badan ni jugak. bukan sebab nak cantik je tapi sebab kesihatan. nak2 lagi aku ni berketurunan darah tinggi. tambahan lagi, aku fikir pasal masa depan. dari celik biji mata ni sampai sekarang. bila fikir pasal benda tu je, menitik air mata. ya Allah, permudahkan semuanya ya Allah. but as for now, aku just nak focus on the next semester cause anythg can happen kan? xkira kat mana aku belajar, course apa aku amik, I still have to struggle hard utk dapat pointer yg elok. sekarang ni apa2 yg jadi kat aku, I would like to keep it to myself. cant bear tgk orang lain sedih sebab aku. no no. 

so semalam budak2 science stream dah merdeka kan? seriously aku dari pagi sampai petang join excited sama! hahaa sebab yela, dah ada experience kan. ingat lagi zaman last day spm, a night bfr tu aku tak study sangat for biology pun. aku buat apa? aku on the phone dgn bie, ajar dia bio sikit2. then lepas masing2 penat belajar, kami gayut sampai tertidur. tak revise habis pun tapi aku watlek je. sebab apa? aku 'ter'over excited nak habis spm. pagi2 bila sampai sekolah, I couldnt even stop smiling dari pagi sampai petang.. last2... amek kau terkandas biology. padahal aku mmg agak confident gak dapat A. tu la Allah nak balas :( I told ibu yesterday and she was quite mad hahaha lek lek bu. benda lama. muahh sikit :*

and lepas habis paper 3 biology, memang menjerit ah.. then apys bawak tepung -.- aku bawak marker. so ktorg sume main2 kecahkan tapak perhimpunan sampai kena halau dgn cikgu bhahaha menyampah aku. snap pictures, then ingat nak suro bie pun conteng baju aku tapi x manis la kan. padahal ada je budak perempuan class dia suro dia sign baju prmpuan tu.. xpelah sabar sabar. then lepas habis sesi conteng-menconteng, ramai2 lepak Bangi kopitiam. on the way to kopitiam tu Nani yg picked up. padahal dia x habis paper lagi sbb ada LK. nak dkt 8 org sumbat dlm kereta Myvi dia.. hahaa aduh seronok :)

haih cepat je masa berlalu.. dah masuk universiti dah aku.. so for my juniors, spend you long holidays well. ni ada few suggestions for yahh nak buat apa cuti panjang cenggini, 

  • pape hal pun, all you need is a good rest. 
  • carik kerja. duit at least masuk je. xpayah nak tunggu parents kasi duit. plus, gain experience. sebab bila dah kerja, kita akan gaul dgn org dlm pelbagai peringkat umur. so dlm pada waktu yg sama, akan buat korang matang. sikit.
  • siapa yg mmg parents tak kasi kerja, especially girls, korang duduk rumah buat activity berfaedah sikit. tolong mak kat dapur. 
  • beli novels for perempuan, beli cd game banyak2 for lelaki.
  • hangouts! lg best if korg plan hangout dgn friends jauh2 sikit... 
  • license.. kereta or motor :) lg cepat daftar lg elok.
  • attend classes. xkesah la class apa. cooking class ke baking class ke sewing class ke. or attend short course! 
  • exercise.... sebab mmg once masuk university, xde masa nak exercise :(
  • nnt ada banyak mcm event la. yg mcm Jom Masuk Universiti ke apa ke. pergi je. membantu.
  • start decide nak further course apa. n pape hal, kena ada back up plan.
  • do thgs yg korg always wish to do. decorate bilik ke, baking ke, belajar main gitar from youtube ke..

bila fikir balik, aku guna masa cuti spm aku dulu seelok-eloknya ke? rasanya ye kot sebab aku kerja, dapat lesen, hangout. cuma x ambil class je.. tp mcm biasalah plan yg dah diplan lama mmg xjadi.. hahaa adik aku tinggal lagi two papers; bahasa arab n quran sunnah. so dia xboleh nak freehdom lagi. hahaa okay semua, enjoy your hols! :D



No comments: