Friday, November 23, 2012

hijab

assalamualaikum,

hijab isn't just a piece of cloth. 

kalau kita faham konsep sebenar hijab ni, hijab ni bukan hanya tersekat di atas bahagian kepala. bukannya bermaksud bila seseorang itu menutupi rambutnya drpd orang bukan mahram, itu ialah erti sebenar hijab. maksud hijab sebenarnya ialah melindungi, menutupi. jadi apabila orang menggunakan 'term' hijab, kita patut tahu apa yg dimaksudkan ialah menutupi setiap inci anggota aurat dgn sempurna. rasanya ramai dalam kalangan kita yg berhijab. tapi dengan sempurna? belum lagi. dan aku dalam kalangan mereka.

ayuh muhasabah diri.

tudung menutupi dada, katanya. tp masih menampakkan 'bentuk' kalau ditiup angin. atau boleh dikatakan menutup dada sekadar cukup2 makan. bila lihat dari pandangan tepi, orang lain masih boleh nampak 'figure' bahagian tersebut. baju cukup labuh? longgar? nak labuh mcm mana kalau pakai baju yg longgar atau labuh di 'tuck in' dalam baju. mmg cantik. nampak fashionable. tapi shape bahagian punggung mmg expose. tak sedar banyak pandangan memandang. nak2 lagi pandangan nakal lelaki. skinny jeans.. tak payah cakap la.. yg kaki cantik tu, mmg jeans elok melekat. tp ramai tak tahu bhw itu lah yg bakal jadi kayu api neraka. mashaAllah. bahagian pergelangan tangan, kena tutup. nak singsing lengan? tu aurat. pakai baju three quarter? tu aurat. kaki? ada sesetengah kata kaki tu aurat. kena tutup. 



apa lagi? kalau buat 'checklist', agak2 dah terhijab dgn sempurna ke anggota badan kita ni? jawapan aku, belum sempurna. 

bila aku muhasabah diri, mmg aku selalu berangan nak jadi model. dapat duit sendiri, tolong ayah ibu. aku bagi alasan nak jadi model muslimah. 'takpelah. kalau jd model dapat duit sikit, tak payah susahkan ibu. alaa, jd model tudung tutup dada pun okay whaaaaat.' aku fikir aku kena minum herbalife biar kurus. nnt kalau ada casting ke apa, aku boleh dapat job. itu angan2. tp abang n ayah menentang keras. sbb apa? kita expose ourselves kt org ramai. takut nnt orang salah guna gambar2 kita. simpang malaikat 44. sekarang aku sedar dan bersyukur sbb aku tak punya badan persis model. pinggang ramping, kaki cantik.. kadang2 kita kena tgk kekurangan dan kelebihan kita. muhasabah.

hijab dalaman bagaimana pula? apabila luaran sudah tertutup dgn sempurna, automatik akan timbul perasaan ingin berubah dr segi dalaman. ada juga yg berubah dalaman dulu baru luaran. bila rasa diri ingin mengejar kesempurnaan pada Dia, kita akan lebih peka dlm masalah ibadah, selalu cari ilmu agama, selalu ingin perbaiki diri, jaga pandangan. jaga pandangan ni.. mmg susah. bagi aku. jaga hati apatah lagi. nak cantikkan akhlak memakan masa... bila kita ikhlas, insha Allah, Dia permudahkan.

pagi tadi ibu ada cerita pasal satu kisah ni, 

seorang perempuan ni mmg jaga aurat dia dari kecil. mmg mak ayah dia suruh dia pakai tudung sejak umur 3 tahun rasanya (can't recall her exact age). dan  bila besar, dia pun berkahwin. nak dijadikan cerita perempuan ni dgn husband dia bercerai. bila mak ayah dia dtg tengok anak dia kat mahkamah, terkejut sangat sbb anak dia yg dulunya bertudung labuh, berjubah, kini berpakaian seksi, skirt pendek, tudung dah terbang tah ke mana. lalu mak dia tanya, 'asal kau berubah mcm ni?' nak tahu anak dia jawab apa? anak dia kata, 'dari kecil lagi sy pakai tudung. sy tak puas lagi nak rasa keadaan tak pakai tudung.' 

mashaAllah. sbb tu ramai perempuan skrg, jadikan tudung tu sekadar perhiasan. bila keluar dgn keluarga, kemain lagi tutupnya. bila keluar dgn kawan, terbang dibawa angin. mungkin mereka rasa sama mcm apa yg orang dalam cerita tadi tu rasa. tak puas lagi. tp ada betulnya. baru umur 3 tahun, tak baligh lagi, dah dipakaikan tudung buat budak tu. panas, mana taknya.. nak didik anak dari kecil, tak boleh dgn secara paksaan.. hidayah tu milik Allah. kalau nak bentuk anak peka dgn perihal aurat, didik. beri contoh. bukan paksa. yg penting, kita titik beratkan solat dia. bila solat terjaga, insha Allah dijauhkan dgn perkara mcm ni. hurm.. mcm aku ni dah beranak-pinak pulak gaya cakapnya. 

hidayah tu milik Allah.. tp jangan asyik menunggu tanpa usaha. doa. tu mmg peranan utama. tp satu je yg aku selalu letak dalam kotak fikiran ni.. jangan fikir kita ni baik bila kita dah hijab dgn sempurna dan tempat kita syurga kelak. jangan ingat orang yg tak pakai tudung, yg pakai ketat2, tempat dia kat neraka. siapa tahu orang yg tak tutup aurat tu lah yg solat tak pernah tinggal, sedekah jariah banyak dan bertaubat sebelum dia mati. jangan mudah nak judge orang yg bukan2.

entry kali ni sebenarnya utk aku dan org lain juga.. aku x malu nak kata aku ni pun tak berapa nak istiqamah. perasaan nak cantik tu mmg sentiasa ada. kadang2 ada rasa nak pakai baju singkat dgn jeans ketat. tp skrg aku lebih suka pakai maxi skirt.. even kalau baju singkat pun, kalau skirt longgar, x nampak shape jugak.. teringin sangat nak dress up mcm Dena. tudung labuh, baju pun cantik2. aku mengaku, siapa tak rasa insecure tgk perempuan free hair, sexy and famous sebab luaran mereka di expose kan.. tp aku tahu aku tak patut rasa mcm tu sbb mereka yg sbnrnya jealous dgn org yg dah dapat hidayah.


ya Allah, moga kau cantikkan tingkah laku ku, luaran dan dalamanku, ya Allah.. amin.





*google image* :)




No comments: