Thursday, November 8, 2012

make up review (my choices)

assalamualaikum and hi :)

sementara menunggu waktu berbuka, ayuh kita gunakan masa sebaik-baiknya. perut dah berdondang sayang dah ni. kadang2 berlagu pilu~~ okay cut it off. untuk kali ni aku nak share pebenda jenis make up yang aku tepek di muka. review lah konon.
disebabkan pagi tadi aku hampir mati kutu tak tahu nak buat apa, so aku duduk dalam bilik, berangan, fikir nak dress up, mix and match baju mcm aku dulu2. tp end up malas nak dress up so.. just tepek muka jelah.. 

so lets see apa yg aku ada,

ni je sebenarnya aku pakai. tu pun tak semua. eyeliner, lip tint, blusher, concealer, eyebrow. disebabkan aku bukan a big fan of make up ke apa, so aku tak berapa nak spend much on it lah. mostly aku pakai brand Essence, Silkygirl and Maybelline yg for sure amat murah dan berpatutan. hahaa :p

oh untuk basic, selalunya orang akan pakai compact powder or foundation kan? bagi aku, aku malas. sebab bila aku pakai bedak, muka aku nnt lagi naik jerawat dia. for those yg muka dah tak banyak jerawat, lebih elok if tak letak apa2 kat muka. tau kan benda make up ni semua chemical!!! habis muka nnt! bersyukur jelah. eh pebenda ni. k k. cuma kalau aku ada event kat luar yg memerlukan aku kena panas matahari, atau jerawat aku tetiba naik disebabkan bulan mengambang, aku akan pakai ni..

Maybelline BB White. sangat bagus. mcm Nani ajar, bila pakai BB cream ni, kena letak Bio Oil sikit. aku pun tak tahu kenapa. maybe sebab nak cairkan cream tu kot so xdelah nampak bertepek. BB cream ni ada UV protection, tu yang penting. n dia tak thick sangat. muka korang akan still nampak natural. aku tak suka pakai foundation. nampak sangat tebal dan fake. next,

apakah ini? ini ialah lip tint. aku pilih warna merah. serious tak menyesal beli even harga rm30++ hahaa thanks Nani sbb suggest kan. lip tint ni sebenarnya bagus sbb bila kita pakai, kita akan nampak naturally warna lips mcm tu. 

mmg nampak mcm marker haha. cara pemakaiannya, cuma letak sikit je kat lips. jangan pulak pakai mcm korang pakai lipstick tu. sikit je mcm calit2 kt lips sikit. then ratakan. warna lip tint ni akan meresap jadi mmg tahan agak lama lah warna dia. emmmm :* next,

ni untuk kening. for those yg tiada kening mcm aku, silalah pakai ni. brand essence sangat murah. mostly under rm20. hikhikk. muka aku sesuai pakai eyebrow warna brown. xnampak la mcm jet lee kalau aku pakai warna hitam. 

forever my favourite! hyper sharp eyeliner from Maybelline sangatt aku suka. at first mmg susah nak guna sebab mata dia tajam (dah nama sharp eyeliner) tp yg bagusnya, dia tak waterproof. senang sangat nak remove kalau korang nak ambil wuduk ke apa. nk turun pun tak susah. takkan menyesal beli....

blusher from silkygirl and concealer from essence. blusher warna dia natural. aku tak suka warna yg merah tu yg boleh buat muka macam badut. n dia ada shimmer sikit. while concealer tu elok jugak. kalau ada jerawat ke eyebag ke, korang boleh cover guna concealer tu. tp selalunya dua2 benda ni aku tak suka guna sangat.

aku hanya ada satu je eye shadow.. tu pun warna natural. aku tak minat eye shadow sbb dah selalu pakai eyeliner atas mata. lgpun aku tak pandai nak mix kan warna dia bagi cantik. utk yg suka natural, eye shadow ni sesuai utk anda.


oh aku takde mascara. belum beli lagi :( ada suggestion x? hihii tapi kan sebenarnya, most of the time, aku keluar tak pakai make up pun. kalau pakai pun setakat pakai eye liner and lip tint. I love myself the best when my face is naked. haha naked. ada pun buat syarat sbb kalau ada event pape, at least ada lah sikit supaya muka tak nampak lesu. kalau dkt Puncak Alam, aku tak pakai make up apa2 jugak. kalau pakai eye liner pun waktu bulan mengambang je sbb tak yah susah2 nak cuci. 

so ni dia muka saya~~

aku just apply eye liner, lip tint, highlighter for eyebrow. tu je! muka nampak cerah sbb camera flash kot. hahaa k.

next, nak buat review for penjagaan muka pulaaak sebab ramai dah tanya ni :/ ok ok thats all! 



No comments: