Friday, May 3, 2013

jodoh.

bismillah,

assalamualaikum :)

sejak umur dah mencecah 18 tahun dan lebih, bab kahwin ni dah jadi macam perkara paling serious. nak2 lagi lepas masuk universiti. dalam kepala dah takde lagi istilah, 'aku suka dia sebab main2 je' sebab dalam masa beberapa tahun, inshaaAllah seru kahwin tu dah tiba. dan dalam kepala dah asyik tertanya-tanya 'dia ni ke bakal suami aku?' , 'dia ni ke bakal jadi imam utk aku n anak2 aku nanti?' soalan tipikal yang nampak gayanya sangat sukar nak dibuang daripada kepala ni. rimas sebenarnya. rimas.

perempuan mcm aku ni lah yang paling ketara excited bila cakap bab2 kahwin. kalau mengantuk waktu belajar, n tiba2 ada kawan bukak topik pasal kahwin, haaa tu diaa, mata yg dari macam amoi cina comel lote, terus bertukar bulat macam awek korea pakai contact lens besar tu. k propa. tp aku tak lah nafikan yg lelaki tak excited bab2 kahwin. based from my observation kan, ramai jugak kawan2 lelaki aku nak kahwin awal. kalau perempuan tak payah cakap la.... semua nak kahwin awal. termasuklah aku. kalau boleh, nak kahwin sekarang. kegatalan melampau ke tu? errrrr. tak kot.

persoalannya di sini, kenapa nak kahwin awal? sebab trend ke?

boleh dikatakan yg kahwin awal ni trend. jadi trend sebab ramai sangat kahwin awal. sekarang ni umur 19 tahun macam aku ni pun dah ramai yg kahwin. somehow i wonder, ramai nak kahwin awal sebab memang dah ready 100% nak ada keluarga sendiri, atau sebab mereka jealous kawan2 mereka ada yg dah berumah tangga? cuba tanya diri tu. dah ready ke nak bangun tiap pagi kemain awal semata-mata nak masak breakfast untuk suami n anak2? dah ready ke nak berkhidmat untuk suami 24 jam, jaga makan, minum, pakaian dia? dah ready ke nak bersengkang mata jaga anak kalau anak nak menyusu tengah2 malam? dah ready ke nak bahagikan masa antara pelajaran n keluarga? (tu kalau kahwin waktu masih belajar). kalau lelaki, dah cukup ke financial nak tanggung anak bini? dah cukup matang dan ilmu agama ke nak bimbing anak bini? haa tu dia.

I admit that marriage is beyond beautiful. seronok bila ada org yg terima kita apa adanya, yg syg kita, yg sanggup kongsi hidup dgn kita. seronok. n to be honest, when it comes to this topic (jodoh, marriage n sewaktu dengannya), aku rasa...... sedih. i dont know why. n I believe bukan aku sorang je yg emo bab jodoh. tapi bila fikir balik, kenapa nak sedih? memang Allah ciptakan hamba-Nya mmg berpasangan. suatu hari nanti, si Adam akan jumpa tulang rusuk mereka kemballi. n Hawa pula akan jumpa si empunya dia. cuma bila, di mana tu wallahualam. jodoh ni rahsia Allah. kalau rasa hati sedih sebab jodoh, tu macam tak yakin dengan suratan Allah. Allah dah atur cantik hidup ni.. kita ni sbg hamba-Nya yg kena sedar. ada usaha. selebihnya berserah.

recently, I asked someone yg agak arif mengenai agama, 'what's ur opinion kalau perempuan proposed lelaki?' and he replied by giving me a picture,



tak salah kalau perempuan nak melamar lelaki. sedangkan kita tahu yg suatu ketika dulu, Siti Khadijah yang melamar Rasulullah. mungkin akhlak kita tak secantik Khadijah, mungkin iman kita tak sekuat Khadijah, tapi memang sebenar-benarnya tak salah kalau nak meminang lelaki. cuma tu lah.. masyarakat pandang serong sikit. tipikal. tapi kalau dapat ibu ayah sporting, ibu ayah yg faham konsep Islam, greenlight la tu. lelaki yg alim dan soleh mesti nak muslimah sejati.. apa2 hal pun kena ukur baju di badan sendiri dulu. but there's always room for improvement, isn't? change for good. tapi jangan terpesong pulak niat semata-mata nak berubah sebab manusia. tak ke mana niat kita tu.

anway, let's just believe in qada' and qadar :) tak ada apa nak dirisaukan.. jgn rasa 'takde sape nak kat aku sebab aku gemuk, tak lawa, buruk akhlak' dan sebagainya. sebab mmg Allah ciptakan setiap hamba-Nya berpasang-pasangan. kalau tiada jodoh di sini, mungkin di dunia yg abadi sana :') mohon Allah berikan kita petunjuk, jauhkan daripada dosa zina semata. inshaaAllah. 



2 comments:

Hazwani Hashim said...

Diyan ! ni aq haha

yanamia said...

wani!! hai!! baca blog aku eh! hahaha