Monday, June 24, 2013

aku sakit, kau bahagia

"smalam kan aq dgr lgu yg "semakin ku sakit , semakin kau bahagia"
Aq nangis weh, teringat dkat kau msa kau heartbreak dlu"

housemate kesayangan aku yg cakap ni...... nak mention siapa gerangannya tapi tak boleh, nanti kena marah. hahaha. n yeah, mmg tiap kali dengar lagu ni, aku ingat benda lama gak. huhuks sentap lagi. kadang-kadang aku fikir, kenapa aku ni susah sangat nak move on? kenapa kenapa kenapa? dulu waktu kat Palam tak terasa sangat... k la fine, terasa jugak but it was getting better each day..  daripada menjerit sakit dalam bilik sampai housemates cuak, tak makan for almost a week, sampailah everythg went back to normal. maybe sebab busy sangat. bila busy, tak lah rasa sedih sangat. bila sedih pun waktu tadah tangan dekat Tuhan minta kekuatan je. sekarang ni duduk rumah, masa banyak yg senggang.... so otak dan emosi bergabung sama. banyak fikir. itu ini. syaitan yang direjam asyik hasut. hati pulak kadang2 kebal, kadang2 tak. ya Allah, aku cuma harap aku dilindungi. tak nak sakit lagi. 
to be honest, aku susah nak lupa. apa yg jadi, perasaan tu semua. kalau ingat, sakitnya ada lagi. sakit sangat lah, astaghfirullah tak tahu nak explain mcm mana. tp aku pernah lalui ni semua. memang memakan masa. dulu, paling lama, setahun lebih, nak dekat dua tahun. asyik teringat-ingat. tu lah akibatnya. terlampau bergantung dgn perkara yg sementara. kejap je Allah tarik balik. bayar cash kat dunia. kenapa tak pernah serik? *sepak pipi*. mungkin tu yg Allah selalu ulang dalam al-Quran, kot? yang Dia sentiasa memaafkan. yang Dia tahu hamba-Nya sering tergelincir. Dia faham. jadi siapa kita nak menghukum orang lain..........  siapa kita nak kata TAK pada taubat..... sobsob.

dan sepanjang pemerhatian aku, aku nampak setiap perkara yg Dia ambil dari aku, mesti akan diganti dengan yang lebih baik. contohnya, kalau bab2 barang. aku nak barang tu, tapi xde rezeki. esok lusa dapat barang lg best. bersangka baik, jgn putus asa, doa. 3 kunci utama. cuma bila tiba bab2 perasaan, memang susah sangat nak predict, nak handle. it doesn't mean yg aku 24 jam fikir pasal benda2 lama tu. tak. cuma ada masanya.. dan bila masa tu tiba, seksa... sabarlah hati, sabarlah :)

kadang2 aku pelik.. ramai sebenarnya yg datang mengadu perihal hati mereka hancur ibarat kentang kena lenyek nak buat bergedil utk soto (kalau tak faham sila ignore). n dorang cakap mcm mana aku boleh kuat dan tabah. padahal aku rasa aku ni sama je mcm dorang. maybe sebab aku selalu ceria mcm badut kot di mana aku berada. uhuks which is  gooooood lah kan! n another thing, i always have this kind of i-need-to-be-strong-for-others feeling. which is again, good.. sangat membantu utk jd kuat, walaupun sebentar cuma. ecewah..

haih ni semua dunia. mmg sementara je. 


yang penting, lagu Bahagiamu Deritaku tu mmg lagu feveret aku.



No comments: