Wednesday, June 12, 2013

kehilangan.


kalau lah air mata ni boleh ditakung, kemudian dijual, mungkin kaya-raya dah aku agaknya. dah dua minggu berlarutan sebegini. teruk betul penangan seorang lelaki. hadir dalam hidup hanya utk menyakiti. memang aku pergi membawa diri. dengan harapan sekurang-kurangnya dia akan datang mencari. tapi ternyata itu hanya mimpi. itu lah aku. bila suka, suka sangat. bila sedih, sedih sangat. bukan dia yg aku sesalkan. cuma aku yg entah kenapa hilang arah tak keruan. tercari-cari diri sendiri. masih tak tahu apa. susah rupanya nak dapatkan ketenangan hakiki. tercari-cari sana-sini. rebah di atas sejadah sambil tangan menadah. jangan disalah anggap pula.. aku berterima kasih sebenarnya. kerana dia berjaya membuka mata aku selebar-lebarnya. yg hidup dan kebahagiaan ini hanya sebentar cuma. hanya pinjaman semata. tetapi semuanya memakan masa. luka yg lama masih belum lagi sembuh. kini luka baru pula yg tumbuh. muncul di saat aku masih rapuh. aku tak mahu leka lagi. dengan cinta dunia yg hanya merosakkan hati. membawa aku dan anganku jauh dari realiti. aku tak mahu mudah dihampiri. dipuja lelaki ajnabi. memang  benar. kalau kau kata aku berubah kerana lelaki, mungkin betul, mungkin tidak. aku takut. amalanku terlalu sedikit utk ditimbang. aku tahu hidup bukan selamanya. semua orang tahu itu. dosa aku banyak. kalau dihitung, tak terkira. namun, alhamdulillah masih ada yang menyokong. tatkala diri masih dalam dilema, diri serba tak kena, ada yang datang menghulurkan tangan. memberi kata-kata perangsang utk aku sentiasa tabah. tiada benda yang mudah... aku tahu semua orang ada niat utk berubah. sentiasa ada. namun aku gusar jika aku tergelincir lagi. hanya disebabkan cinta dunia yg hanya memberi penyesalan di kemudian hari.

ya Allah, Kau lah pemilik sekelian empunya hati. janganlah Kau bolak-balikkan hati kami di saat Kau memberikan kami hidayah. ya Allah, moga niat suci ini dipermudah.


2 comments:

pya said...

untuk dapat sesuatu yang lebih bernilai,kita akan hilang sesuatu yang bernilai,manusia datang dan pergi,bersyukurlah kita masih ada Dia :)

yanamia said...

betul tu, kak... tq :')