Monday, June 17, 2013

pagi2 buta yang hening,



meet my future husband, :) hahaha dah besar nanti mesti comel budak kecik ni.


okay assalamualaikum semua :)

what's up, people? sihat? alhamdulillah, sihat la ya. sementara menunggu ayah n abang balik dari LCCT, aku makan megi ruski depan lappie, tetiba rasa nak update diary aku ni~ oh mereka pergi Bali. cis aku tak habis2 nak berirama je bunyinya. poyo. hmm asal aku tak ikut? sebab dah pernah pergi dulu. biarlah mereka dating berdua~~ hmm setengah mati dah ni merindu ayah :'(

okay! tanggal 16 jun 2013. sebenarnya banyak benda jadi tapi kalau nak kongsi kat sini, kena fikir 150 juta kali jugak.... cewah nak jugak 150 juta. mentang2 lah semalam waktu photoshoot abang photographer tu panggil aku Ainan Tasneem. aw aww kes parah dah ni. perasan lebih. bab photoshoot nanti aku update. sebab tengah tunggu  gambar2 fresh dari Taman Botani, Putrajaya utk diupload :D

hmm sebenarnya mood aku still lagi macam, okay tak okay. korang pernah tak rasa macam korang dah lali dengan segala tusukan dkt hati (cewah) yg boleh dikatakan seksa lah jugak, sampai buat korang rasa malas nak peduli apa yg jadi. korang cakap, 'malas nak fikir', padahal benda tu yg korang susah nak buang dari kepala? haaa mcm tu la aku rasa sekarang. best ke tak? best sebab dah tak rasa apa2. tak best sebab bila tiba musim 'emotionless' ni, korang rasa korang mcm bangkai bernyawa. jasad je ada. your soul isn't there. dah melayang ke mana-mana.

jangan fikir aku tak usaha. aku usaha. Allah je tahu. nampak gayanya Allah dah kabulkan doa aku. Dia Maha Mendengar, kan.. dalam suka, ada duka. dalam duka, ada nestapa. tp siapa tahu akan tiba bahagia. cewah, aku pun tak faham maksud nestapa tu apa. k k. anyway, I always trust my instinct... instinct aku mmg power dia bape ribu kuasa kuda.. jangan pulak fikir aku dah ada boyfriend baru ke apa. tak. aku tak rasa nak ada sesiapa pun sekarang even lately asyik ingat mamat yg sorang tu tapi I'm feeling so much better now. normal lah dalam fasa nak move on akan teringat2 sekali-sekala. yang penting dia bahagia. may Allah bless him.

to be honest lah kan. aku dah tak larat nak ada musuh. aku memang manusia biasa. takleh nak puaskan hati semua. rasa mcm dah sejuta kali aku tulis cmni dalam blog. bab2 perasaan ni pulak kita tak boleh nak jangka. kalau lah cinta boleh dipaksa, bahagia la semua. takde istilah bertepuk sebelah tangan. mcm aku ckp, aku tak sedia. sebelum ni, k la aku mengaku la, aku macam tertunggu-tunggu siapaaaa la nak masuk meminang aku or meminang cara islam pun jadi la, tak payah ikut adat sangat. apa org kata, macam di'reserved' lah. kemudian aku fikir2 balik, dugaan org tgh bertunang ni kemain hebat. syaitan kemain lagi nak make sure anak2 adam tak jadi bina masjid. sebab tu kalau bertunang kena rahsiakan, en? maksudnya, buat apa nak tunang lama2. so bila aku fikir2  balik umur aku yg setahun jagung ni (mcm muda sgt je), aku rasa terlalu awal lagi nak fikir soal tu.

sekarang ni aku kawan je dgn semua. jaga batas. perbaiki diri. dalaman tu paling penting. cakap pasal perbaiki diri, niat tu kena jaga. mungkin hari ni korang judge aku as 'perempuan yg berusaha utk jd baik tapi gagal'. mungkin secara dasarnya , aku masih seperti dulu. tp dalaman, wallahu'alam, Dia je tahu. nak cari mardhatillah kan, bukan senang. sikit2, inshaaAllah. 
aku sentiasa percaya yg jika kita yakin dgn apa yg kita minta, Dia akan kabulkan. mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok tapi suatu hari nanti. 
cuma.. kalau boleh, sebelum aku pergi dari sini. tak kisah la kalau ajal menjemput ke, atau apa sekali pun, aku nak mati dalam keadaan tenang, takde hutang kat akhirat nanti. sebenarnya hidup kita ni, yg pentingnya nak dalam husnul khatimah. pengakhiran yg baik.. inshaaAllah..



No comments: