Tuesday, July 2, 2013

persoalan

aku hanya ada satu sebab kenapa aku masih mampu berjalan, tidak lagi toleh ke belakang. sebab aku tahu, tiap perkara yg berlaku ada hikmah dan Allah simpan yang terbaik untuk aku. tiap kali aku hampir terjatuh, aku selalu fikir aku keseorangan, sedangkan Dia sentiasa ada. 24/7. tiap masa. mana silap aku? kenapa aku terlalu bergantung dengan manusia yg hanya sama seperti aku, tak sempurna. kenapa? suatu  hari nanti, jasad aku akan ditimbus dalam tanah, berseorangan menghadap soalan malaikat Munkar dan Nakir. kenapa terlalu memikirkan suatu perkara yg tak pasti?

tipulah kalau aku kata aku tak rasa keseorangan kadang kala... aku lihat sana-sini semua berpasangan. lumrah dan fitrah seorang perempuan normal seperti aku, aku ingin berpasangan juga. berjumpa dgn seseorang yg boleh terima aku apa adanya, seseorang yg boleh membimbing aku, bukan merosakkan. tapi bila aku cermin diri sendiri, aku terlampau jauh utk disepadankan dgn ciri-ciri bakal suami yg aku nak. kalau aku nak teman lelaki, sekarang jugak aku boleh dapat. bukan nak cakap besar. tapi tu hakikat. 'boyfriends type are everywhere.' tapi nak dibuat suami? susah. dan aku pun masih lg bukan material isteri yg solehah dan baik utk suami dan anak2.

apa2 hal, perbaiki hubungan dgn Pencipta dulu. dapatkan ketenangan tu semula. Dia akan isi kekosongan hati tu. aku tak boleh jangka apa yg bakal jadi. aku tak boleh gerenti yg aku takkan jumpa sesiapa yg mungkin bakal buka pintu hati aku suatu  hari nanti. cuma aku harap.... tiada siapa yg datang sekiranya dia bukan bakal suami aku. moga pintu hati aku ditutup sehingga yang berhak itu tiba. susah sebenarnya. tapi aku percaya bakal suami aku pun bersusah-payah ingin kembali pada fitrah juga. tapi aku tak minta lebih.. cukup sekadar solat dia terjaga, al-quran tak dilupa, hormat ibu ayah dia. yg lain, aku tahu dia akan berubah sedikit demi sedekit.

buat masa sekarang, ini bukan masa yg sesuai utk bercinta. ini masa untuk aku belajar sehabis baik, tak kira dari aspek apa pun. aku muda lagi. satu hal lagi, bila aku bercinta, aku akan jd manusia paling bodoh dalam dunia. tak sedar apa jadi. sayang si dia bagai nak gila. tapi akhirnya, aku ditinggal terkapai-kapai. itu lah aku suatu ketika dulu. dan aku sedang berusaha utk ubah sikap buruk tu. tapi aku tak menyesal dgn apa yg jadi, sebab setiap perkara yg menyakitkan, itu pilihan aku sendiri. tak perlu tuding jari kat sesiapa.

aku lihat kiri kanan. aku ada ibu ayah. mereka sayang aku sangat. aku nampak. aku dapat rasa mcm mana mereka sayang aku. adik-beradik aku. keluarga aku. lindung aku semata-mata sebab aku ni perempuan. satu-satunya puteri di hati mereka. macam2 benda kena jaga. adik perempuan yg aku anggap mcm adik sendiri, Zuzu. selalu ingatkan aku yg masih ramai yg sayang. aku patut bersyukur, kan? daripada aku asyik mengeluh, bersedih hati dgn mereka yg dah pergi. buat bazir air mata. sia-sia.

ya Allah, Kau perliharalah diriku dan insan-insan yang kusayang daripada azab seksamu. terimalah taubat kami, janganlah kau pesongkan hati kami, tunjukkan kami ke jalan yg lurus, ya Allah.


ameen..


cinta hati sampai mati.

2 comments:

Badrul Hisyam said...

jodoh tu dah ditentukan, x perlu tergesa gesa mencari. ia akan datang pada masa yg sesuai

yanamia said...

eh hai abgku! hehehe kan. nnt ada la datang ;) tggu je