Tuesday, July 30, 2013

wake up call

assalamualaikum,

aku rasa malu dgn diri sendiri. Allah uji sikit je. sikit sangat kalau nak dibandingkan dgn Dia yg Maha Besar. Allah baru uji sikit, hati dah rasa gundah gulana, serba tak kena, sedih dan kecewa tak ingat dunia. ya Allah. apa sebab aku nak give up dengan hidup? aku kena tempuh saat2 sukar tentang masa depan, tapi aku tahu I will get through this. bila kita rasa masalah kita tak temui jalan keluar, kita rasa buntu, tapi cuba lihat kita hari ni. Allah dah tolong kita utk cari jalan penyelesaian utk masalah2 kita yg lama. kan? seksa dia sebentar cuma, tapi jgn sampai hati tak redha dgn ketentuan-Nya. 

beberapa hari lepas, aku google pasal Syria. selama ni aku tahu Syria tak aman, tapi aku tak ambil tahu sangat. sebab aku beri alasan, 'oh Syria tak aman. doakan jelah.' tapi aku tak cuba nak update latest news pasal mereka n apa yg sebenarnya yg jadi. then one fine day, ada sorang kawan aku post video pasal Syria dkt FB, and when I watched it, aku rasa..... aku ni sangat jahat. pentingkan diri sendiri. tatkala aku berperang dengan perasaan sendiri, di negara Syria sana, mereka berperang utk mempertahankan agama. kejamnya aku. terlalu memikirkan diri sendiri. kejamnya aku. terlalu merasakan bhw hanya masalah aku yg plg besar dalam dunia. kejamnya aku. menangis teresak-esak memikirkan masalah aku sedangkan mereka di Syria sana, menangis kehilangan org tersayang, menangis bila maruah dipijak-pijak, menangis bila diuji dgn pemerintah yg sekejam atau lebih kejam drpd Firaun.  

ya Allah, if I were in their shoes, aku tak tahu cukup kuatkah iman aku utk harungi itu semua. sedih. sedih sangat. kanak-kanak dibunuh, perempuan dirogol di tempat awam. ya Allah, lindungi mereka ya Allah. ni belum lagi nak cerita pasal Mesir. mcm mana org Islam nak menang, kalau sana-sini berpecah-belah. mcm mana kita nak tentang si Bashar al-assad yg terlalu asdfghjkl kalau org2 Islam tak bersatu. kalau aku boleh tolong, walaupun sekecil cuma, aku nak sangat buat apa2 pun. mcm mana negara2 Islam boleh berdiam diri?! Allahuakbar. sedarlah semua........ sedihnya.......

jadi.. bila kita rasa Allah beri ujian yg terhebat utk kita, lihatlah keadaan org lain... sekarang ni, Malaysia pulak diuji dgn puak2 syiah. ya Allah, moga Allah lindung kita semua. skrg ni masanya utk kita kuatkan iman, teguhkan akidah, bukan masanya nak pentingkan perkara lagha dan tak penting.

hmm tengoklah video ni. I cried a river while watching this. ALLAHUAKBAR. protect us, ya Allah. protect all muslims all over the world, ya Allah. 





No comments: