Friday, August 23, 2013

throwback Palam

assalamualaikum...


I spent half of day weeping on my bed while reminiscing back those great times I had in Palam. it was like, everything came flashing back in front of me.. I saw them; each one of those familiar faces in Palam, yet I knew I couldn't do anything. that was just temporary scenes that I created on my mind.
have you ever missed someone till your heart aches so bad and you're helplessly and ridiculously hoping that those times will come back? how silly. how silly I was. 
















































































dekat Palam lah aku mula rasa hidup macam kat asrama. patutlah sesetengah kawan aku yg ada pengalaman duduk asrama, memang susah nak lupa kawan2 dorang kat sana. sebab semangat assabiyah tu kuat. rindu nak bangun paling awal n kejut Dila subuh. rindu nak tgk muka Dila time ngantuk. comel ah kau. k.. rindu nak tgk muka busyuk housemates. rindu nak guling2 bila ada hot news yg nak dikongsi. rindu nak stalk crush dari tingkap. rindu nak peluk dan nangis sama2 bila ada masalah. rindu nak makan beramai-ramai dekat kafe. rindu nak tgk Mia jerit bila nampak bas, 'YANAAA, BASSSS YANAAAAA' sebab malas nak naik tangga maut Palam. rindu nak tgk Haifa cakap kemain laju. rindu classmates semua. ingat lagi last day kat Palam, malam terakhir tu ada buat jamuan perpisahan. perempuan semua menangis. lelaki pun ada yg nangis sama. lecturers semua baik belaka tapi bila ditakdirkan dpt seorang lecturer yg kemain strict, haaa amek kau mulut tak berhenti mengomel. nak2 lagi aku kena jadi group leader, pape hal aku kena. 

dekat Palam ni lah saksi susah senang aku, tangis ketawa aku. macam mana aku boleh jd bangkai bernyawa bila waktu heartbroken dulu. tiap masa Mia suruh aku jgn sedih. atau waktu malam2 pergi jumpa crush dekat kafe n pas kan pisang sebab dia mengidam. suruh housemate sorang teman. macam hape. lepas tu punya sedih bila dia dapat offer tempat lain. Palam saksi semuanya yg aku paling susah nak lupa. dengan cerita hantu yg macam2 version. so tiap kali naik lift, memang tak lekang ayat kursi dari mulut. dekat Palam lah aku mula dekatkan diri lebih dgn agama. setiap masa ada ceramah. sekali tak pergi rasa rugi. kawan2 sekeliling semua membimbing. ingat lagi waktu aku naaak sangat masuk pertandingan menyanyi kt Palam. Aisyah and Wani and Nisa and Dila and Bella tegah. tak nak kawan dia yg sorang ni terus hanyut. 

dekat Palam ni lah semua jenis manusia aku dapat kenal. we cannot simply judge people before we get to know them. unfair kalau kita dgr perkara tak baik pasal dia, tapi sebenarnya dia ada kisah tersendiri. aku rasa macam matang bila duduk sana. walaupun most of the time aku lahh yg paling manja n gedik. ajar Wani n Aisyah benda tah pape. lepas tu randomly kiss pipi n hug kawan2 aku. Haneez suka sangat aku buat mcm tu. hihi. aku cuma.. selesa. selesa sgt. pastu, malam2 tengok orang lain dok dating dkt kafe, rasa macam 'eeee tah pape' la jugak sebab waktu tu hati dah kebal, tapi bila nampak crush baru lalu, perghh rasa macam sentap jugak. end up sekarang crush aku tu dh jadi salah sorang kawan baik aku. hilang dah semua perasaan tu. macam mana nak lupa semua ni? banyak sangat kenangan. 

lepastu sorang demi sorang Palamians follow kat twitter. tu kira zaman kegemilangan jugak lah. lepak ngan budak enginering la apa la. entah. aku mmg jenis kepala sengal so boleh get along dgn semua manusia. which I realized, I should know my limit... that's why I left twitter. bukan nak lari dari kawan2 lelaki. cuma aku tahu one fine day, dorang akan lupa aku jugak bila ada anak bini. Ailin, kawan sekelas dari Sabah. dia mmg aku xkan lupa. dugaan besar utk org yg hebat macam dia. bukan senang nak berubah , tapi dia buktikan yg takde benda yg kita tak boleh buat. kita niat, kita usaha, Allah permudah. bila duduk dgn dia rasa segan. sebab tgk diri sendiri ni tak baik mana. 


mana nak dapat kawan2 mcm ni lagi... satu kepala, tapi agama tak lupa... Allah. rindu. mereka tiada ganti. takkan ada ganti. yg masih ingat aku, alhamdulillah & thank you..



I'll keep you guys in my prayers. always.


No comments: