Wednesday, August 28, 2013

tidak kurang seminggu,

assalamualaikum,

tidak sampai seminggu aku akan mula hidup baru. pergi ke tempat yang asing, berkenalan dgn entah siapa. takut sebenarnya kerana sebelum ini aku terlalu selesa. ke mana saja aku pergi, ada yang mengenali. tak perlu mencari sana-sini. kini, aku risau diduga dgn perkara yg tak dapat kujangka. tapi apa gunanya doa jika kita tak minta? sedangkan semua tahu doa itu senjata.

masa depan sangat menakutkan. kulihat diri yang kini lebih bersemangat dari biasa, kurasa bersyukur. jika ingin dibandingkan dgn rakan-rakan yg kurang bernasib baik, secara automatik hati aku ikut sedih. ya Allah, Kau lebih tahu apa yg terbaik utk kami. rezeki orang lain-lain. mungkin hari ini tiba rezeki si dia, bukan kau. tapi mana tahu Allah simpan yang terbaik, yang tak pernah kau hajatkan suatu hari nanti? ini ujian, sayang. 

aku tidak menjangkakan secepat ini hidup aku akan berubah. persediaan...... boleh dikatakan 70%. hanya 30% tinggal utk menyedarkan diri aku yang minggu depan aku akan bangun tidur dengan orang baru, bukan lagi kawan baik waktu di Palam dulu. rasa nak nangis. tapi air mata tak merembes keluar seperti hari-hari semalam. mungkin tangki dah kering. jika dipam, masih tiada air.

aku cuma doa agar aku dikurniakan rakan2 sebilik yang jaga sembahyang, yang sekepala. itu sahaja....... 

ayah ibu hazmi tokmak dah mula tunjuk riak sedih. tokmak asyik mengulang, 'tak seronok Mira takde' hampir tiap-tiap hari. ayah pun sama. 'minggu depan Mira dah tak duduk rumah..' padahal aku yakin setiap hujung minggu aku akan pulang ke rumah walaupun kolej kediaman aku mungkin di Bangsar. apa susah. tapi kesian pula ibu nak redah traffic jam nak ambil anak dara dia yg sorang ni setiap minggu. mungkin dua minggu sekali aku akan pulang, macam waktu aku di Palam dulu.

dan aku masih terbayang-bayang macam mana rasanya bila subjek Biologi yang satu ketika dahulu menjadi kesukaanku, akan dikambus jauh dalam lipatan kenangan. selamat tinggal, Biologi. Perbankan Islam is a whole new thing. aku tiada asas langsung mengenai finance, account and bla bla. tapi aku percaya atas dasar minat, aku boleh melakukannya!

bapak pelik bahasa baku. haha okay cut it off.

aku jenis yang senang ngam dengan orang... sebab aku ni easygoing type of person, but I always have this huge problem on approaching ppl for the first time. to start a conversation with a stranger, urghh sorry I cannot or I'll act so freggin awkward in front of them. but it doesn't take long to be comfortable sebab tiba2 aku akan jadi diri aku yg sebenar sekelip mata je. ihiks.

n........... aku jenis yang susah nak senyum dgn org yg tak kenal......... entahlah, memang macam ni. waktu tingkatan satu dulu, cikgu peberet aku selalu tegur kenapa aku suka senyum sorang2 dalam kelas. tapi bila mula jadi pengawas sekolah waktu tingkatan dua, automatik muka dah ketat. not cool. tapi bagus jugak. biar orang fikir kita jual mahal. kononnnn. padahal2 mengundang orang menyampah aje.


I'm starting a new life. goodbye, past.


No comments: