Monday, September 16, 2013

syukur

assalamualaikum,

bila rasa manisnya syukur itu, tiada lagi sebab nak mengeluh. mungkin ada kadang-kala terlajak mengeluh tak semena-mena. tapi bila berulang-ulang kali aku ingatkan diri sendiri, hati rasa tenang kembali. Allah beri kita benda yang kita perlu, tidak semestinya Dia hanya akan beri yang kita inginkan. mungkin Dia akan beri, tapi bukan hari ini atau esok lusa. mungkin suatu hari nanti.. itu tandanya Allah mahu kita belajar erti bersabar dan bersyukur pada waktu yang sama.

berbicara soal  hati, alhamdulillah aku rasa aku sudah cukup sempurna dgn apa yang sedia ada. keluarga, rakan-rakan.. apa lagi yang aku perlu selain mereka sedangkan cukuplah hanya Allah bagiku. aku tak rasa dengan mempunyai seseorang bergelar 'kekasih hati' itu merupakan satu keperluan. kulihat ayah dan ibu yang tak putus2 mencurahkan kasih sayang mereka kepadaku.. kulihat abang, Helmi, Hazmi yang juga sayang dan kerap mengingatkan aku apa adanya. tak keterlaluan jika aku kata, ada yang cemburu pabila melihat keakraban kami semua. bukan niat menunjuk-nunjuk.. tetapi itulah namanya keluarga. bila semua manusia menolak kau jauh-jauh daripada mereka, kau mesti berlari-lari semula kepada keluarga kau, bukan? tak perlu malu bila ayah atau emak kau masih menggelar kau 'baby' atau 'princess' sebab kau rasa kau dah cukup besar. mcm mana sekali pun, mereka masih darah daging kau.

memang. memang aku dikelilingi dgn mereka yang sudah berpasangan. bergayut tengah2 malam, ambil gambar berdua, tersenyum riang bahagia. dan tipu jika aku tak pernah rasa ingin punya seseorang yang terima aku apa adanya. kadang-kadang aku hanyut juga dgn perasaan itu tak semena-mena. tetapi alhamdulillah, bila aku dikelilingi dgn rakan-rakan yang masih faham perasaan aku, yang kerap mengingatkan, aku tersedar semula. dulu aku lah manusia yang paling naaaaaaaaak kahwin awal. tapi bila aku fikir apa jasa yang aku dah tabur pada ibu, ayah, itu  buat aku terdiam. apa yg aku dah buat utk ayah dan ibu? tiada apa. 

aku bersyukur pada Maha Pencipta di atas sana. yang tak pernah meninggalkanku pabila manusia menambah duka, yang sentiasa memahami tatkala tangan menadah pabila hati rasa gundah dan yang memberikan Islam sebagai agamaku.. aku bukan baik mana. selalu leka, alpa di saat aku gembira dan hanya tersedar pabila terjatuh dan susah utk bangkit. cuba kita tanya diri sendiri.. dalam banyak2 nikmat yg Allah beri, berapa kali kita mengucapkan kata-kata syukur? 

kurangkan keluhan. terima dgn hati yang lapang. kerana setiap kesusahan itu, ada manisnya pada penghujungnya nanti. fikir perkara baik2 mengenai Dia. jangan buruk sangka. jangan pernah putus berdoa utk mendapat hidayah-Nya. kita minta, Allah akan beri, inshaaAllah. janji hati ikhlas.


moga Allah lindung.

No comments: