Monday, December 23, 2013

who are we to judge?

who are we to judge?
kita tengok dia dari segi luaran seksi meksi, tapi mana tahu pagi petang siang malam dia doa Allah kurniakan dia hidayah sebab tak sanggup nak tanggung dosa. 

who are we to judge?
kita tengok dia sembahyang pun macaaaam tak, tapi hati dia baik, hormat ibu ayah. atau sembahyang tp ikut mood. ada niat nak cukupkan solat tp kemain payah.

who are we to judge?
kita tengok orang bersosial, anggap mereka teruk, padahal kita sama je dua kali lima tak jaga batas pergaulan.

who are we to judge?
kita pun tak baik mana. solat kadang2 lompong jugak, mulut cakap petah dgn kata2 kesat, walau dari segi luaran kita nampak waaah sopan teramat.

semua org ada niat nak berubah. cuma sama ada hari ni atau esok atau hari berikutnya. Allah tgk hati. only He can judge. bukan kita. asyik mengata orang lain teruk, padahal diri sendiri pun sama. tak nak tambah dosa? tutup mulut. perbaiki diri sendiri. yg penting pengakhiran tu. husnul khatimah ke su'ul khatimah (nauzubillah).

aku bukan ustazah. aku dpt rasa aku makin hilang arah. tercari-cari tali utk berpaut kembali. susah bila tiada yg mengingatkan. bukan mcm dulu. waktu dikelilingi dgn rakan yg sentiasa ada beri peringatan. tp aku tau, aku yg kena bertanggungjawab utk diri sendiri. bukan salahkan org lain sesuka hati. hmm. 

so who are we to judge?
cermin diri sendiri sebelum mengata. kalau salah, jadi fitnah. 




No comments: