Tuesday, March 11, 2014

10 Mac 2014. pemergian ayah pada hari lahirku

rasa macam mimpi.... tampar pipi dah berkali-kali.. tapi masih lg begini..

assalamualaikum..

hidup ni ibarat mimpi yg panjang. sebentar cuma. pilihan kita sama ada nak hidup di dunia dgn cara bagaimana.

ayah aku. hero aku. mentor aku. telah pergi meninggalkan aku selama-lamanya.. pada hari lahirku. Allah.. berat sungguh dugaan-Mu.. namun, apakan daya. sudah tertulis ini semua. aku redha, ya Allah..... sekiranya ini yang terbaik bagi kami sekeluarga.

Kau pinjamkan kami seorang insan yg sangat baik, sangat penyayang. Kau pinjamkan kami seorang insan yg dikasihi orang sekelilingnya.. Kau pinjamkan kami seorang insan yg sayang keluarganya. ayah sangat penyayang. this is the greatest loss. tapi aku dah siap sedia sejak kali pertama aku dapat khabar yg ayah kritikal pada hari Isnin lepas.

malam Isnin, 9 Mac, ibu dapat call daripada nurse dan inform ayah dalam keadaan kritikal. tidak gugur walau setitik pun air mata. aku kuat apabila tgk ibu kuat. ibu sangat kuat. ibu yang pesan kt kami supaya jgn meraung. Allah tak suka. sampai2 hospital, aku masih dapat lihat ayah bernafas.. cuma blood pressure dia terlalu rendah. kaki ayah keras. badan ayah yg panas demam sudah mulai sejuk dan dingin.. aku dapat rasa ayah sudah pergi........ cuma aku sedapkan hati bahawa jantung ayah masih berdegup, ertinya masih ada peluang.

kami 4 beradik solat istikharah dan solat taubat utk ayah secara berjemaah. istikharah sebab mohon petunjuk sama ada ayah patut dibawa pulang atau biar saja organ ayah satu demi satu berhenti dgn sendiri. helmi kata dia nampak petunjuk arah kiblat tertulis perkataan 'balik'. jadi kami 4 beradik mmg nak bawa ayah balik. tapi prosedur hospital tak membenarkan pesakit mereka balik dgn sendiri sekiranya pesakit memerlukan bantuan pernafasan.. dan doktor also suggest yg it's not a good way to die. sebab ayah bernafas melalui hidung and at the same time leher ayah dah ditebuk. so it's gonna be hard for him to breathe. itu doktor kata. jadi kami pulang ke rumah spt biasa.........

keesokkan pagi, ibu dapat call lagi. and at that moment aku rasa ayah mmg betul2 dah pergi. nurse kata ayah kritikal. kritikal apanya... ayah mmg dah tiada.......... aku kena kuat. sanak saudara datang berkumpul. penuh. dan kami decide utk bawak ayah balik. doktor benarkan. dengan syarat, kami kena call private ambulans yg ada provide bantuan pernafasan tu, so that bila sampai rumah, slowly org cabut machine tu. waktu tu ayah dah sangat sejuk.. aku kucup pipi ayah. dingin.. Allah...

aku tiba agak lambat ke rumah. sampai2 rumah, muka ayah dah ditutup. ayah dah pergi.. Allahuakbar.. pak uda kata, bila machine tu dah dibuka, ayah mmg tak gasp for air ke apa. mmg betul lah.. ayah pergi selama-lamanya malam sebelumnya.. machine yg tolong ayah bernafas, walaupun roh sudah terputus dari jasad. tapi dalam sijil kematian dah didaftarkan 10 Mac sbg tarikh ayah pergi.. wallahualam waktu bila ayah sudah tiada. ayah ibarat sedang tidur lena............

alhamdulillah semuanya selesai dan selamat sebelum maghrib. ayah dikebumikan selepas asar. waktu kat surau, satu bas dari UM , Akademi Pengajian Melayu datang. students ayah ramai menangis teresak-esak. aku masih kuat.. hinggalah utk terakhir kali aku diberi peluang melihat sekujur tubuh kaku sudah berbalut kain kapan. Mira sayang ayah. Mira sayang ayah sangat. ramai sayang ayah. dua orang bapa saudara aku menangis teresak2. mereka kata mereka tak pernah jumpa manusia sebaik ayah. tak pernah buat jahat pada orang. tak pernah sakitkan hati orang.. sepanjang hidupnya, senyuman itu tak pernah lekang.

sakitnya, ya Allah..... peritnya rasa hati.. tapi kepada siapa aku  harus mengadu.. Allah sahaja yg tahu.. hasbunallah wa nikmal wakeel.........

tiada lagi pelukan dan ciuman dahi daripada seorang ayah.

tiada lagi insan yg setia menanti kepulangan anaknya walaupun sudah lewat malam. ayah berdiri dgn wajah riang. bagi ayah keluarga adalah segalanya.

tiada lagi ayah yg tak pernah jemu melayan karenah anak perempuannya yg seorang. 'Mira cantik tak, ayah?!' tiap kali soalan ini kusuarakan pada ayah, ayah tetap melayan aku. 'wow! anak ayah mmg lawa.' sambil tersenyum.

tiada lagi ayah yg sentiasa menjadi imam solat kami sekeluarga. ayah sentiasa solat awal waktu. kami memang dididik begini dari kecil. moga amalan itu dapat membantu ayah di akhirat kelak.. ameen..

tiada lagi ayah yg kadang2 ketawa sehingga mengalir air mata. kali terakhir aku melihat ayah nangis waktu tahun lepas, sebelum masuk UniKL. ayah dgr lagu Rapuh-Opick sambil tersedu-sedan. ayah......

Allah. aku kena kuat. Allah takkan pernah susahkan.. Dia sentiasa permudahkan semua. ibu selalu kata yg Allah sayang kami sekeluarga.. tak pernah Allah susahkan. tak pernah. ada hikmah inshaaALLAH.. buat semua yg sentiasa memberi kata2 semangat, aku kuat, inshaaAllah. doa kalian buat aku lebih kuat. ada kawan rapat yang call menangis teresak-esak. aku tahu ramai yg menangis mengenang apa yg jadi. tapi jangan risau....... semua yg hidup tetap akan pergi.. ini ujian aku.. aku redha. aku kena redha. Allah tak suka org tak redha..

tahlil masih berlangsung daripada malam semalam sehingga malam esok di Surau Al -Amin, BTHO. lepas isyak. siapa yg ada kelapangan, bolehlah datang.

dan mungkin Allah nk tunjuk petanda bahawa ayah sayang aku, Dia tarik nyawa ayah pada malam hari jadiku.. :') I'm sorry ayah for not being a good daughter. menyesal. sungguh banyak penyesalan aku.. I'm sorry ayah. I love you so much.


ya Allah, Kau tempatkanlah ayah dalam kalangan mereka yg beriman.. ampunkan dosa ayah, ya Allah. ampunkan dosa kami, ya Allah.. jangan Kau bebankan ayah dgn dosa-dosaku, ya Allah.. jauhkanlah ayah daripada seksa kubur, ya Allah.. pertemukan kami sekeluarga di syurga, ya Allah... ameen ameen ya rabbal a'lamin..





al-fatihah. 

7 comments:

Badrul Hisyam said...

Semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin. Yana, you're a strong girl that i know. Tak semua orang lalui perkara ni pada usia yg muda. N abg fhm perasaan yana skrg. Hopefully yana selalu bersama family, jalankan tggjwb yana yg ada skrg, jd anak yg baik, n doakan utk ayah n ibu sekali ok. Stay strong :)

Nurul Syafiqah said...

Mira sayang, teruskan berdoa untuk arwah ayah. Doa anak yang solehah sebagai bekalan ayah di alam sana. Teruskan jadi anak, adik n akak yang baik dan solehah. Maaf akak hanya sempat jumpa arwah ayah bila dia sakit. :'( Tapi akak tahu arwah baik orangnya. Be strong, dear!
XOXO!!

yanamia said...

inshaaAllah bang.. thanks for the support sjk ayah sakit sampai ayah pergi.. inshaaAllah yana akan jd lebih kuat utk mereka.. :)

yanamia said...

takpe kak.. thanks jugak sbb datang. support kami sekeluarga.. inshaaAllah semua yg jadi ada hikmah. redha shj la :) xoxoxoxo

Shahrul said...

Takziah kepada Diyana atas arwah ayah tu. Semoga arwah ditempatkan orang beriman. From Shahrul :)

Siti Aishah Nekmat said...

Ya Allah. This must be so tough for u. Semoga roh ayah dikalangan bersama org2 yg beriman inshaaAllah! Semoga yana juga sabar dalam ujian Allah. Sungguh Allah itu Maha Besar, and He is able to do all things. And He's always under our protection. Dont stop praying. Be strong okay awak! :') ♥

yanamia said...

shahrul: aminn :) tq..

sasha: I will :) jazakillah khayr sayang :)