Sunday, March 9, 2014

"Allah takkan uji kalau Allah tak sayang kita. Allah takkan uji sesuatu yg kita tak mampu tanggung."

ibu wanita paling tabah, paling kuat. ibu ulang2 kali pesan kat aku suruh terus kuat. ibu kata kami 4 beradik ni sumber kekuatan dia.

aku selalu kata kat ibu, 'kalau boleh Mira nak pergi dulu. tak sanggup nak hidup ayah ibu takde.' ibu terus balas dgn nada sedih dia, 'mana boleh... lumrah seorg ibu ayah, dorang mesti nak pergi dulu..' Allah. kuatkah aku, ya Allah...

aku rindu ayah. rindu satu keluarga. sebelum balik tadi aku tgk keadaan ayah makin membimbangkan. blood pressure drop sgt, and heartbeat ayah makin laju. doctor kata maybe sbb antibiotics yg dia kasi tak berkesan.. so dia akan tukar ubat lain.. sedih.... mata ayah dah tak bergerak mcm pagi tadi........ ayah kena kuat yah.......

setiap pagi hati rasa bimbang. sebelum masuk wad ICU, katil 5 tu jantung mcm nak tercabut. yelah, nak tahu perkembangan ayah.. dah dua malam aku terbabas terlelap tak sedar2.. rapuh sungguh iman aku. rugi. dan buat masa sekarang mmg aku tak pergi class. nak tggu keadaan ayah okay baru aku rasa lega sikit. tak sanggup nak tinggal ibu sorang2..

buat yg sentiasa berdoa tidak putus2, thanks so much. hanya Allah yg mampu balas..

jazakallah khair.





No comments: