Saturday, May 10, 2014

. . .

aku tak tahu macam mana aku boleh kuat utk harungi hidup aku sedangkan hampir setiap saat, wajah arwah ayah takkan pernah lekang dalam benak fikiran. sakitnya, ya Allah. berat sungguh ujian-Mu. aku rasa kehilangan sangat. rasa macam separuh hati aku ni kosong. rasa macam kalau orang lain sepak terajang aku pun aku tak rasa sakit macam apa yg aku rasa sekarang. rasa macam kalau orang lain tinggalkan aku selain drpd keluarga aku, still tak boleh tanding sakitnya kehilangan seorang ayah.

mereka kata aku ni tabah. sebenarnya tak lah tabah sangat. sebab aku tak tunjuk. sebab aku tak menangis depan dorang. bukan apa. kalau dilayan, makin seronok la syaitan yg direjam tu cocok aku sampai aku gila meroyan. aku tak sampai tahap tu lagi. aku dibesarkan oleh dua manusia yg paling tabah dalam hidup aku. aku masih punya waras akal. orang lain pelik sebab aku ni kaki sensitif kemain, tapi waktu ayah dikebumikan, aku tak menangis langsung. mungkin sebab air mata dah kering bila hampir tiap malam dlm masa seminggu, sujud, tertunduk-tunduk tahan sakit dan sedih sambil  mohon Allah beri kekuatan. 

hari-hari yg aku lalui berlalu begitu saja. aku pun tak tahu hari ni berapa hari bulan. haha diyana oi.. so far ada lah beberapa org yg still tanya aku okay ke tak. yg lain, lesap. aku tak kesah pun. cuma aku tahu la realiti dia, bila kita dah tiada selama-lamanya, secara perlahan-lahan orang akan lupa kita juga :) 

sekarang ni, benda kecil yg boleh ingatkan aku pasal arwah pun dah boleh buat aku sentap. sebab kami sekeluarga sangat rapat. tahu apa yg ayah suka, apa yg ayah tak suka. arwah ayah mmg dah lama tak sihat. sejak tahun 2011 lagi aku dah bersedia sebenarnya. aku tak sanggup tgk ayah macam tu. jadi trauma pun ada jugak. satu benda yg aku nampak bila ayah sakit, dia lagi hargai keluarga dia. dia akan cakap dia sayang anak-anak dia secara terang-terangan. bila dia rancang family trip, perghhh kemain seronokk ayah. dia nak anak-anak dia balik tiap minggu jumpa dia. the last time we had a talk, ayah kata dia rindu aku. tak sabar nak sambut birthday aku. aku tak tahu lah. aku rasa tu paling buat aku sedih kot... sebab ayah suka kalau semua gather sama-sama.... aku tahu ayah sayang aku. sebab aku selalu tanya ayah sayang mira tak. dia layan  je even berjuta kali aku tanya.

rindunya nak peluk ayah. rindunya nak cium pipi gebu ayah. rindunya nak dia usap n cium kepala aku. rindunya nak tgk bola dgn ayah. rindunya nak dgr ayah bebel. rindunya nak nyanyi nasyid ke lagu westlife ke dgn ayah. rindunya nak buatkan ayah air. rindunya nak masak sama2. rindunya nak jalan kat lake valley dgn ayah. rindunya nak teman ayah tgk tv. rindunya nak ayah jadi imam solat. rindunya. rindu sangat. 
tapi betullah.. Allah takkan uji sesuatu kalau kita belum bersedia, dan kalau kita tak kuat. tak gitu?

tapi semua ni memakan masa. aku tahu tu. aku dah macam tak peduli sangat apa yg jadi. kalau boleh, aku nak duduk rumah dengan ibu, teman ibu. tak nak bersosial sgt. sebab aku penat lah dgn dunia... naik jelak. jelak dgn diri sendiri, dgn orang lain. hidup yg penuh dgn dosa. mungkin slowly, I will go. bukan putuskan ukhwah, cuma aku sedar yg eventually you're gonna be on your own. 



kupohon secebis kekuatan daripada-Mu , ya Allah. utk aku teruskan hidup dan hayatku yang entah bila akan tiba ke penghujung. 


al-fatihah.

2 comments:

AsyrafRashidi said...

inshaa Allah, Allah lebih sayang ayah kamu dan sayang kamu juga... bantu lah ayah dengan sedekahkan al fatihah setiap kali tringat..inshaa Allah.. satu lagi, bila kmu da ada suami dan kluarga sndiri, akan bahagia dan tenang lah kamu nanti..

yanamia said...

inshaaAllah :)
harapnya.
syukran..