Thursday, May 22, 2014

madah lagi

kadang2 rasa rindu nak jadi macam dulu.
menyanyi.
photoshoot.
bajet famous.
semua benda macam tu.

kadang2 rasa macam,
lekla baru umur 20.
tak puas hidup lagi.
leklu sapkok.
hidup kena enjoy.

tapi
sampai bila?

benda lagha memang kuat betul tarikan dia kan?
bukan nak cakap aku 100% dah tak menyanyi.
aku pergi je karok melepas semua gian terpendam.
tapi dah kurang.
bukan nak cakap aku 100% dah tak berphotoshoot bagai.
aku still lepak Sephora bila bosan.
main2 make up free.
lipstick merah apatah lagi.
tapi at the end of the day, celak je buat peneman.
bila pucat je calit sikit lipbalm.

aku masih diyana yg sama.
tipikal seorang perempuan.
nak cantik katanya.

bila orang asyik tanya mana dapat semangat nak delete instagram?
aku pun tak tahu nak jawab macam mana.
aku mudah penat.
senang sangat penat.
aku jumpa ketenangan yg aku cari sekarang.
sekurang-kurangnya sedikit.
tak lagi macam dulu,
asyik fikir baju apa nak pakai sebab dah lama tak post gambar kat instagram.
likes tak cecah 200 -.-
cis bedebah.
ha ha.
sekarang phone pun takde function dah.

kau tahu,
nanti mungkin kau akan sampai satu tahap yg kau rasa macam........

cukuplah.
dunia.
tak.
bawa.
ke mana.





No comments: