Saturday, May 3, 2014

nukilan hati

redha. apa sebenarnya erti redha? mungkin bila hati dah terima dgn kenyataan? atau fikiran tidak lagi terikat sama dgn perasaan? aku pun tak tahu. masih mencari-cari erti redha yg sebenarnya. tapi yang aku tahu, aku terima dugaan-Nya dgn hati terbuka. sebab hidup ini memang sebenarnya mimpi yg panjang. hanya akan terjaga bila malaikat menyentap nyawa.

alhamdulillah. walau aku masih terkapai-kapai mencari isi dan makna hidup seorang muslimah, walau aku masih bertatih melangkah menuju Maha Pencipta, aku punya mereka yg tetap setia. setia memberi galakan dan dorongan. namun aku juga mengerti, bahawa mereka juga akan pergi. dan yg sentiasa ada, hanya Dia, Allah. Tuhan yg Esa.

kulihat diriku yg berpalit dosa. Allah..... malunya aku, ya Allah. Kau kurniakanku Islam, agama yg suci. dalam ramai-ramai ciptaan-Mu, Kau pilih aku utk menganut agama-Mu. tanpa susah payah, ku dilahirkan dgn anugerah Islam dan iman. aku dibesarkan dalam suasana yg sangat menitik beratkan soal agama. aku dididik dgn cukup sempurna oleh mereka. tetapi aku hanya hamba-Mu yg hina. sering terleka dgn mainan dunia. lupa segalanya apabila nikmat yg Kau curahkan dgn melimpah ruah mengaburi mata. ampunkan aku, ya Allah.

aku mengerti bahawa setiap ujian dan dugaan-Mu itu adalah tanda sayang, bukan benci. berikanku kekuatan, ya Allah. untuk sentiasa mengerti tanda bersyukur, bukannya dengan mengeluh. untuk sentiasa mengerti bahawa hidupku hanya untuk-Mu, bukannya utk manusia yg hanya bertaraf hamba. untuk mengerti bahawa setiap yg hidup akan mati kerana aku juga bakal menyusul nanti.

aku masih lagi insan yg hina dan jijik.

tetapi aku tahu Allah melihat hati.

ampunkanku, ya Allah.






No comments: