Tuesday, May 13, 2014

trust issues

orang kata aku ada masalah.
trust issues?
memang.
pada zaman dahulu kala, aku senang percaya orang.
mungkin sebab aku ni lurus bendul.
atau.
mungkin sebab aku cepat sayang orang.
jadi.
bila orang pijak kepala aku,
aku tak sedar.
orang ludah kat muka aku pun,
aku selamba badak je lap.
sebab apa?
sebab sayang.
sebab aku tahu mereka tak sengaja.

konon.

sekarang ni orang cakap sikit pun aku tak percaya.
sayang?
yelah tu.
rindu?
yelah tu.
maaf, tak bermaksud?
lagi aku tak percaya.
aku cantik?
HA-HA.
aku tak pernah hadap pujian.
sebab bagi aku itu semua dusta.
dan aku tak harap pun orang suap aku dgn pujian.
janji cukup mata telinga hidung anggota badan sempurna.

konon.

bukan apa.
aku cuma lebih berhati-hati.
tak nak benda lama diungkit kembali.
lipatan sejarah tu aku dah simpan kemas dalam memori.
kalau jadi lagi?
entah lah.


bagi aku masa.



aku tau kau sayang aku.
aku pun sama.
cuma.
bagi aku masa.


No comments: