Saturday, June 7, 2014

credits

assalamualaikum,

post kali ini bukan nak bermadah pujangga mana. tadi dah siap berspeaking bagai tapi backspace balik sebab rasa macam asyik membajet je speaking bagai padahal dalam kelas Business Communication cam harem. I do speak, but in front of a small class? na-ah. aku ni manusia pelik sikit. lagi suka bercakap depan manusia dalam bilangan yg ramai drpd in a small group. sigh.

itu bukan point post kali ini.

aku mula berblogging sejak 2008. waktu tu zaman myspace tengah up. friends kalau dah cecah 1500 ke atas, mesti delete mana yg tak berkenaan dan approve la friend request yg baru sebab waktu tu, kalau friends lebih drpd 1500, top friends tak dapat dipaparkan di profil buat tatapan peminat. waduh waduh. memang zaman kegemilangan. tak kurang juga kalau aku nak kata, waktu tu zaman kenooooooban. budak mentah la katakaaan. memang istighfar panjang kalau baca balik entri lama dalam blog ni. naaasib dah delete dan ditapis.

anyway, I am still glad for keeping this e-diary of mine, for all of you to keep on track with what I've been doing and what I am up to. (mula dah bahasa rojak buah dia).

cuma...... ada la beberapa kali aku fikir nak tutup blog ni. dan aku tak rasa ada yg baca blog aku ni sebab yeah, aku makin lama makin kurang teknik nak menulis. aku lebih suka tulis apa yg terlintas dalam fikiran. tak plan ke apa. sebab tu bahasa tak bombastik mana, walau arwah ayah orang bahasa, ibu pulak guru bahasa melayu tapi princess dorang pulak kaki rojak buah.

tapi itu bukan point aku.

pointnya sekarang, kalau aku tutup blog ni, mcm mana la kawan2 nak keep in touch? aku tahu kawan2 aku ramai rindu aku. batin terseksa jiwa merana nak jumpa Diyana Amirah kaki kpochi pengubat hati mereka cuma tiada masa. wah kes perasan abeh. tapi serious lah. people still asked me why I haven't updated my blog when I was on hiatus and blah blah. 'weh diyana nape tak update blog?' gitchew.. dan kalau aku tutup blog, abeh la semua memori. aku dah la memang tak ada personal diary. mungkin mulai tahun depan aku akan jadi lebih matang dan mula simpan diary bertulis sendiri. inshaaAllah.

baiklah. thanks for all my loyal readers yg tak putus2 beri semangat, jatuh bangun terduduk tertonggeng masih nak ambil tahu hal Princess Diyana Amirah yg sorang ni... tak tahu pulak ada lagi yg nak baca blog i olls ni......... sampai cecah 100k++ view dah. hi hi hi.

entahlah. sebenarnya kekeringan idea nk menulis. kalau tak berblogging, mati kutu la kat rumah. dengan rasa sunyi nya ayah dah tiadadadadadaaa. *k bai amek tisu jap*




No comments: