Wednesday, June 11, 2014

nikmat & rahmat

alhamdulillah..

kadang2 rasa sedih sangat bila Allah beri kita nikmat yang banyak tak terkata, tapi kita masih buat dosa. kita alpa dgn dunia. seronok sungguh dunia. kenapa eh? Allah sayang kita sangat. nikmat yg Dia beri semua menyenangkan kita. nikmat sihat, kenyang, gembira, puas hati, itu semua datang drpd Dia. Allah tak susahkan. Dia permudahkan. layakkah kita terima itu semua? sedangkan kita kerap lupa Dia, lupa nabi kita, lupa kitab kita. 

moga Allah buka pintu hati kita dan kikis titik-titik hitam di hati dgn keimanan. amin.......

bila ayah dah pergi, aku nampak banyak sangat hikmah yg satu demi satu tersingkap. satu-satu masalah selesai. ibu ada kata,

'ibu rasa Allah sayang kita sgt, mira. Allah tu Maha Penyayang. Dia berikan ibu tiga org anak lelaki yg soleh utk jaga ibu dgn mira bila ayah tiada. Dia tarik nyawa ayah bila ibu ada simpanan sedikit. bayangkan kalau ibu tak menyimpan? mana nak korek duit, mira. Dia beri rezeki kat kita tak putus2 sejak ayah tiada. nak harapkan ibu, mmg tak mampu nak tanggung semua anak2 ibu dgn pencen ayah pun tak dapat lagi... tapi alhamdulillah, Allah mudahkan semua. cukup semua makan minum. bila kita ingat Dia , mira, setiap masa, kadang2 waktu kita tak sedar dia akan beri kita nikmat. rahmat Allah tu sangat besar. sayangnya Allah kat kita. cuma sedih, kan bila kita ni hamba Dia, manusia sentiasa buat maksiat, dosa. lupa Dia. sedih.'

:(

alhamdulillah, ya Allah. kau berikan hikmah di sebalik ujian....

ampunkan kami, ya Allah kerana sentiasa alpa. 

:'( 

No comments: