Tuesday, August 5, 2014

first eid without ayah

malam raya,

malam tu aku rasa sangat serba tak kena. nak nangis tapi tak boleh. entah lah. aku rasa hati aku punya tahap kekebalan dia dah keras macam *insert element yang paling kebal*. sampai pakcik aku siap pasang lagu sesedih sebab nak tengok aku nangis. dia kata aku takde perasaan. haha. kenapa perlu tunjuk? tu haa kat atas sana tu Maha mengetahui.

after performing maghrib, I lied down on ibu's lap. aku nampak ibu sedih. ibu takbir raya sorang2. I heard her sobbing, but I didn't have the guts to take a peek. ibu cuma cakap, 'tak sangka ayah dah takde kan..' so I told ibu to be strong. banyak doa. itu je.

on the next morning, it was just a plain day and gloomy as I expected.

kalau raya sebelum ni, pagi2 lagi aku and ibu dah busy kat dapur. selalunya aku yang naik atas n siapkan ayah n adik-beradik lelaki. carikkan baju melayu dorang, pakaikan butang baju melayu, pakaikan samping and stuffs. selalunya ayah lah paling awal siap. 'hensemnya ayahhhhh.' pastu tersengih lah ayah bila kena puji. haha :') rindu. memang terasa sangatlah kehilangan ayah. dah takde tempat aku nak lentokkan kepala dah bila penat layan tetamu. kalau tahun lepas kemain seronok semuanya, dengan ayah pakai rambut palsu david arumugam tu lagi. hahaa lahaiiii anak yatim dah aku sekarang. *tampar pipi*

mira sayang ayah sangat.

mungkin ayah dah jauh sekarang dari kami. tapi mira dapat rasa ayah dekat sangat dengan mira. ayah nak sangat raya kat Johor tahun ni tapi tak kesampaian. bila mira balik Johor dengan ibu hari tu, mira rasa ayah ada sama. sebab tu mira tak sedih! lagipun mira tahu ayah in a better place, inshaaAllah :)

korang,
hargailah ayah ibu korang. kalau boleh call tiap hari. jangan lupa cakap i love you. peluk cium itu pun perlu. jangan call sebab nak suruh dorang bank in duit belanja je. mungkin ayah dan mak korang tak sesempurna mana, tapi terimalah dgn hati terbuka. sebab tanpa mereka siapalah kita kan? aku dah takde ayah dah. hanya doa seorang anak yg soleh/ solehah je yg mampu jadi peneman dia. korang yang masih ada ayah tu, hargai. balas jasa dorang. jangan asyik fikir nak kahwin nak kahwin nak kahwin. okay itu dah masuk bab lain dah haha.

n oh!!

it's still not too late to say,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI u olls! ampun maaf dipinta. aku ni memang mulut kekadang terlancang sikit, gurau tak ingat dunia. maafkan daku :( kalau ada termengumpat ke, ter berbagai macam ter, I'm sorry :( ikhlas ni haaa.. dan jangan lupa puasa ganti cecepat so that boleh puasa enam sekali! kalau sempat ler ;)


salam sayang,
diyana (minachi yg tak cukup cuti raya, ada final exam dua minggu lagi)




 







No comments: