Thursday, August 7, 2014

riak

mungkin kau rasa kau terlalu banyak ilmu. 
kau kongsi pada orang yang kurang tahu.
tapi,
kau ada tak rasa sedikit perasaan 'wah, aku lebih tahu....... Allahu.......?'

mungkin kau rasa yang kau hanya ingin berkongsi.
orang yg tiada apa yg kau ada hanya ternganga melopong mengenang nasib diri.
'kenapa aku tak seperti si dia, hidup cukup sempurna?'
dan kau pula,
'wah seronok kalau kongsi buat tatapan semua.'

mungkin kau rasa berdakwah itu kini mudah.
tanpa mengangkat pena, hanya teknologi menjadi wadah.
tanpa susah dan payah, orang sudah menggelar kau ustazah. 

 

hati kita ni sebenarnya organ yang paling susah nak jaga. bila timbul sikit riak, habislah semua pahala amalan kita. kadang2 kita tak sedar ada sekelumit perasaan itu. datang tanpa diundang. kita hanya nak berkongsi, tapi orang lain asyik memuji. sedangkan amal ibadah kita bukannya banyak mana. sembunyilah semua ibadah kita. mungkin kita nak beri contoh kat orang lain. boleh memang boleh tapi cara penyampaian kita bagaimana. orang kata kita riak, kita sehabis mati kata tak.

tapi perihal hati........ siapa kita nak senang membuat konklusi. cuma selagi boleh, elakkan. jaga hati. jaga niat kita.





nah sebagai contoh.
ayuh renungkan.


No comments: