Saturday, September 6, 2014

pilih kawan

assalamualaikum :)

merujuk perkara di atas,
(kuikuikui)

okay. pilih kawan? ye aku memang jenis pilih kawan sejak kecik lagi. tapi bukannya aku TAK kawan dgn orang just because dia tak attractive ke apa. i choose my CLOSE friends, but I be friends with everyone ye (untuk perempuan jelah, dengan lelaki aku mmg tak berkawan sgt). zaman persekolahan dulu, mula lah tersebar dengan meluasnya title 'Diyana budak pengawas kerek' dan sebagainya. somehow macam sentap juga. tapi bila fikir balik ada betul ada salah. orang kata aku kawan dgn budak lawa n pandai je. mungkin tu yg dorang nampak kot sebab geng aku pun aduhai lawanya aku je mcm potato sikit but nvm, people judge. 

aku ada je kawan yg bukan budak aliran sains. kira budak2 hardcore la. pengawas mmg kena mengamalkan prinsip berkawan dgn budak hardcore, senang nnt kalau nak tegur ke apa en. masa aku form 4, ada kakak pengawas senior form 5 nak calonkan aku jd ketua pengawas perempuan just because aku ramai kawan. weh, diyana ketua pengawas? gila la mmg takkan lah. tak suka aku jawatan bagai dgn nak ess pee em nyeww. selain itu, cewahh, aku ditakdirkan jaga kelas yg sangatlah nakal. awal tu mcm haiyaa but then turned out to be sooo amazayn :') kalau jumpa siap peluk2. 

pada mulanya orang akan cakap aku ni sombong. aku tak reti start first conversation tapi once kau dah kawan dgn aku...... kepoh gila. sekarang aku sedar lah bila dah umur 20 ni aku dah tak berapa banyak cakap dah. kalau dalam kumpulan reramai, I don't talk much. kalau keluar berdua, bertiga mmg aku bising. aku pun tatau kenapa... haah lah baru aku perasan. if dgn geng Bonts aku pun.. :( 

sebenarnya, pilih kawan itu perlu. sebab tu aku x kesah bila orang label aku macam2. yelah kalau kawan dgn org tak bape baik, kaki ajak pergi cucuk langit sokmo, tak ke terpesongnya aku. haha nauzubillah. Rasulullah ada bersabda, "Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." (Hadis riwayat Abu Daud & at-Tirmizi) memang lah kita tak boleh expect persahabatan antara diri kita dgn kawan kita tu ibarat Rasulullah dgn Saidina Abu Bakar... wuish jauh sgt bezanya.. tapi cukuplah sekadar cari rakan yg ingatkan kita pada Allah..

rindunya Wani, Aisyah, Laila, Mimah n etc :( tak pernah fail ingatkan aku bab2 mcm ni.. tp alhamdulillah semua kawan aku tau kewajipan dorg. ukhwah fillah abadan abada yee :) moga Allah lindung kita. moga Allah kurniakan kita rakan2 yg hatinya dan ingatannya selalu pada Dia. moga Allah kurniakan kita rakan2 yg sentiasa membimbing dan mengingatkan. ameeeen!



so yeah, aku mmg pilih kawan.
yg pntg aku tak makan kawan. 
:3



No comments: