Wednesday, October 22, 2014

perkongsian

assalamualaikum,

berhabuk dah blog ni.
singgah sebentar untuk memberi peringatan.
kpd diri sendiri
dan semua.

lately ni aku banyak receive video, voice note ceramah pasal dunia akhir zaman ni. takut. takut sangat, ya Allah. dan kita, manusia tetap leka. bayangkan kalau takde siapa nak beri aku peringatan, memang aku takkan ambil tahu hal dunia. apa yg jadi skrg kat dunia ni dan tanda-tanda kiamat yang semakin banyak. wallahualam mmg entah bila. mungkin ada yang kata 'alahh sejak zaman nabi lagi dah ada tanda gitu.' kalau lah kita tetap berpegang dgn pandangan mcm tu, lepastu buat dek tak ambil tahu, tak taubat, sekali tiba2 bangun matahari dah terbit sebelah barat, tak ke haru?

kita orang muda, mmg kerap leka dgn dunia. nak kejar keseronokan yg mmg takkan puas. tapi sebenarnya tugas kita skrg untuk cari ilmu. cari ilmu dunia, cari ilmu akhirat. belajar. bukan bercinta. aku tak ada pandangan negatif dgn org bercinta. bg aku, korang nak ada pakwe makwe ikut lah. janji korang jaga apa yg patut dan niat bukan untuk main2. tapi kalau korang nak kahwin lambaaaaat lagi dan mak bapak tak kasi kahwin dalam masa terdekat, seelokknya tak payah lah. nak jaga tu susah.

okay berbalik pada tanda-tanda kiamat tu..
korang luangkan lah masa dgr ceramah kat YouTube. sejam lebih pun paling lama.. kalau tgk movie mat saleh comolot dua jam boleh, takkan dgr ceramah pun malas ye dak? ok kasaqq sikit naa. mmg liat nak mula, tapi once dah start, nak stop pun rasa tak best.

kiamat ni sangat sinonim dgn turunnya Ad-Dajal kan? dia ni makhluk Allah yg akan pesongkan kita satu hari nanti. waktu kita sangat2 susah sebab kemarau panjang (ada ulama' kata 3 tahun kemarau), dia akan turun dan mengaku Tuhan. bekalan elektrik takde. kereta pun tak boleh gerak sebab tak boleh pam minyak. dinasihatkan kita hidup macam orang dulu2, naik kuda, makan ubi kayu  n so on.
waktu tu paling ramaai yang terpengaruh dgn ajakan dia ialah kaum perempuan. kenapa? kadang2 bukan sebab sesaje, tapi sebab ibu2 ni kesian kat anak2 x makan, xminum. siapa yg ikut Dajal, dia selamat kt dunia. Dajal kasi macam2 kemewahan. siapa yang tolak, kawasan dia akan jd padang jarak padang tekukur. tandus. takde apa. semua mati. Dajal dh jd ketua negara waktu tu. dia pegang kuasa nuklear.

beberapa tahun lepas ada kajian mendapati dkt planet marikh, matahari dah terbit sebelah barat. dan satu-satu planet akan turut hadapi benda yang sama. saintis omputeh terkenal, Prof Dmitri yg mengkaji mengenai alam semesta, terus masuk Islam sbb dia jumpa ayat Quran yg matahari akan terbit sebelah barat sama macam apa yg planet2 akan lalui.

takut sangat. takut kalau kita terpengaruh. dgn iman yg goyah ni, kalau ditakdirkan tahun ni jugak turunnya dia, rasa2 cukup kuat ke iman? ya Allah nauzubillah. takut. bangunlah semua. cukup2 lah berseronok tak ingat dunia. kumpul amal. cari ilmu. taubat banyak2. taubat. dosa kita banyakkk sangat.. tp jgn pernah rasa kita takkan masuk syurga. sebab selagi matahari tak naik sebelah barat, Allah akan terima taubat kita. kalau kita ikhlas, kalau kita benar2 nak cari kebenaran tu.

ya Allah, lindungi kami ya Allah kerana kau sahaja sebaik-baik pelindung. ameen.






No comments: