Monday, October 6, 2014

sebak

aku bukan jenis suka bercerita.
kalau betul2 terdesak baru aku akan cari seorang.
seorang sahaja utk mendengar.
tu kira memang tahap dah tak tahan sangat lah tu.
kalau tak,
aku pendam.
selagi boleh.

aku mengadu dekat adik kecik aku, Hazmi.
baring atas riba.
bercerita.
tiba2 mengalir air mata.
tanpa diundang.
Hazmi usap kepala kakak dia yang sorg ni.
macam arwah ayah selalu buat.
dia kata 'jangan sedih. sabar eh. kena kuat.'

dah lama tak diusap begitu.
sayu hati.
rindu.
sebak.
sakit.

ayah,
mira akan usaha jadi anak solehah.
mira nak kubur ayah terang sebab doa kami.
mira nak jumpa ayah kat syurga.
tunggu mira.
mira akan usaha.
sebab ayah cinta pertama dan terakhir mira.




1 comment:

salikin roni said...

sabar yer ..semua ini ujian dr ALLAH S.W.T