Thursday, January 22, 2015

The Orion


aku tak ingat sama ada aku ada blog pasal rumah sewa aku ni. rumah la sangat eh. aku sewa kondomaniam berdekatan kampus aku area Bdr Tun Razak, sebelah IJN, berhadapan National Library haaa spesifik abeh. kalau jalan kaki boleh la dalam 10 minit, tapi sejak jalan short cut dah tutup so ada la lebih kurang 15 minit. haha kot laa kot sebab aku selalu bawak kereta je pusing jalan jauh sebab malas nk lalu tepi jalanraya kereta banyak lalu lalang.

seronok sebenarnya duduk kondo. sebelum ni memang tak ada dalam list pun nak merasa duduk rumah kondo. tp dah diberikan peluang pulak alhamdulillah ye dak. so Orion ni ada swimming pool, gym, jogging track, squash court and mini golf. so far aku boleh kira dgn jari berapa kali je aku mandi swimming pool. sebab ya rabbi sejuk gilaa air dia. ktorg selalu swimming malam. pandai kann? kembang la paru2 tu. sbb tu aku skrg mmg malas gila nak swim dah. lgpun dah  besar gedabak ni malas la nk pakai swimming suit.

gym tu aku mmg manfaatkan sbb ada treadmill. tapi kalau ramai lelaki2 sado shirtless, memang terbantut la nak masuk gym. aku jog je. tapi disebabkan duduk berdekatan Kg Baru ni makan sedap2, takde function lah aku work out bagai nak rak. still gemuk.. hek hek hek. 

tapi agak sedih lah sebab ibu suruh aku ulang-alik je dari kampus ke rumah.. dia sunyi duduk dgn Hazmi and tokmak je. so aku sekarang terpaksa lah cari orang utk ganti aku duduk kondo tu. takkan nak keluar gitu je ye dok? kesian lak kengkawan lain kena bayar banyak pulak.. haih. tapi lg tenat kalau ulang-alik and at the same time bayar duit rumah sewa.. tah lah. aku tak tahu lah. janji aku memang nk buat ibu happy. haih sedih lah.

mcm kelakar je dah nak keluar rumah baru nak blog pasal rumah sewa -.-


1 comment:

farah hana said...

Hai. I nk tnya rumah tu masih ada kosong ke. Sb sy sedang mencari rumah kosong or bilik kosong yg berdekatan unikl ubis. Untuk dua org.