Thursday, August 27, 2015

ayah

post kali ini adalah luahan hati seorang anak yg sangat merindukan ayahnya. 


this is my late dad. Ibrahim bin Ahmad. lecturer dalam bidang bahasa. aku boleh anggap ayah sebagai pejuang bangsa walaupun anak dia yg sorang ni asyik cakap rojak je. lol. i admire his spirit. maybe somehow ada orang anggap yg nk further deeper in bahasa melayu ni boleh pergi jauh ke sebab sekarang semua orang pentingkan bahasa inggeris which makes me wonder whether ada ke tak pelapis ayah, dan mereka yg kerah keringat untuk memartabatkan bahasa melayu. aku sedih. aku tak ada minat itu. cuma ayah dari dulu lagi suruh anak2 dia karang buku. tak kesahlah buku apa2 pun, janji menulis. tapi aku rasa penulisan aku hanya di dalam blog shj. aku tak tahu aku boleh jadi sehebat ayah atau tak. bukan senang nak dpt PhD.. even ayah kena major stroke waktu aku darjah 4 dan makan masa untuk sembuh, ayah still nak habiskan pengajian dia.. sampailah ayah jd lecturer di UM.

selain daripada seorang pejuang bangsa, ayah memang seorang ayah yg sgt penyayang. up till now aku masih tak boleh lupa. hati aku ni dah macam ada ruang kosong yg besar, dalam. sakitnya tak terperi. saaaakit sangat. setiap tahun dari aku kecik, ayah akan spend cuti sekolah bawak kami berjalan-jalan. tak kesah la dalam negara ke apa, janji jalan. waktu form 5 ayah start sakit. he couldnt drive. aku tak banyak luangkan masa dgn ayah sebab aku busy study. pukul 6 pagi ayah dah keluar rumah ada pakcik teksi ambil n hantar ayah pergi UM. memang risau sbb ayah sampai paling awal, sorang2 pulak tu. tapi alhamdulillah Allah lindung. ayah lepas isyak dah tidur. aku pulak stay up study. just jumpa waktu petang, I would make air suam kaw2 or ambilkan nasi ke apa. benda kecil2. form 5 mmg sgt mencabar. form 4 aku sakit, form 5 ayah pulak. ktorg weekend je mst pergi berubat. tapi wallahualam kenapa susah nak cari yg betul2 ngam.

lepas habis SPM, aku kerja dkt Carrefour. pakcik yg hantar ayah kerja tu yg akan hantar aku. ada satu hari tu, hari sabtu kot sbb ayah cuti waktu tu, tapi pakcik tu tak dapat hantar. just imagine ayah teman aku jalan kaki terkedek2 pergi Carrefour and then he went back alone. aku sampai2 kedai terus nangis. risau sangat takut ayah terjatuh ke apa waktu jalan kaki balik sorang2. aku dah cakap takpe yahhh mira boleh jalan sorang. tapi takkan la ayah kasi. aku nak pergi jalan kt mall sorang2 pun tak boleh, helmi ke hazmi kena teman. lepas aku habis kerja, ibu atau ayah akan datang teman aku tutup kedai. aku ingat lagi abg Ramadhan ada ckp yg ayah awak baik sangat. senyummm je. selalunya ibu akan hantar ayah teman aku kalau ibu ada kerja. ayah ibu seronok teman aku sebab kedai tu pasang mengaji tak henti2. tenang rasa.

bila sambung study kt Puncak Alam, aku tak selalu contact ayah sebab ayah selalu silent phone. tapi kalau ayah rindu, ayah la call tanya nak balik bila. selalunya pagi2 Sabtu lepas subuh ayah ibu dah gerak nak pick up aku dari Palam. turun2 lif terus berlari2 anak peluk ayah, peluk ibu. then balik rumah. plg lama aku x balik rumah was 3 minggu. homesick gila asyik nangis je hehehek. ada satu waktu tu aku takde duit nak makan. dua hari aku makan biskut. aku lapar sgt asyik nangis je. pastu aku tak tahan end up aku ws ibu ckp mira lapar dua hari tak makan nasi. terus ayah ibu dgn tokmak bank in duit hahahaha. aku tak suka la mintak duit. nak2 lagi tengah bulan. aku mintak duit sekali dua pun dah rasa berdosa sgt, bersalah sgt rasa ni. smpai skrg rasa bersalah :(

lepas habis asasi, aku spend cuti aku dgn ayah lah sbb ayah cuti buat research. ayah kata kalau aku tolong dia, dia kasi upah. aku memang nak kerja tapi sebab aku fikir cuti ni boleh la spend time dgn ayah, g jogging ke apa then aku ok lah, tanak la kerja. memang sepanjang lebih kurang 4 bulan tu aku memang lepak dgn ayah jelah. selalunya pagi2 aku dh ajak pergi jogging. jalan la kaki. lepastu g mengeteh -.- aku selalu bebel ayah jgn mkn berat2 rugi je jogging heheh. rutin ayah pagi2 bukak laptop buat kerja, lepastu bukak youtube dgr ceramah, lepastu layan lagu pulak. ada sekali tu aku dgr ayah nyanyi kuat. lagu Rapuh- Opick. pastu time tu aku tgh masak kt dapur. aku pergi depan tgk2 ayah tgh nangis. aku gelak lah ala ayah kenapaaa nangissss. pastu ayah gelak2 ckp sedih lagu ni :') 

bila dah masuk uniKL aku x rajin balik. balik pun weekend. kadang2 once in a fortnight. aku rasa waktu tu aku sakit lg.. ada sekali tu aku tak ingat bila, aku termarah ayah. aku sedih sgt sehari suntuk aku nangis menyesal. tapi bila aku mintak maaf kt ayah sambil nangis2, ayah ckp takpe ayah maafkan. ayah buat2 lupa je. aku tak tahu lah. aku tak pernah marah ayah camtu. aku sedih sgt. sedih sgt sbb buat ayah mcm tu. aku mengaku kadang2 anak tak boleh tahan perangai mak bapak kalau dorg dah meningkat umur.. dorg dh jd mcm budak2 balik. tapi kenapa diyana. kenapa buat ayah kau camtu. maybe waktu tu pun aku tak sihat. aku g berubat baru ok balik.

ada sekali tu ayah call waktu aku dkt hostel. ayah suruh aku balik sbb ada surprise. I wasn't thinking pun yg ayah dgn ibu belikan kereta. aku balik2 rumah dh malam. aku x perasan langsung ada kereta kat luar sebab lampu tak bukak. tgk2 ada myvi pink. ayah ckp boleh la mira hantar ayah pergi UM. aku terkilan sgt. kenapa la waktu tu aku lembab sgt takut nak drive. nak2 lagi sem 2 aku dah sewa kondo, mmg sah2 la tak praktis bawak kereta. waktu awal form 5 aku igt lagi ada kereta kenari. the first car i drove. ayah suruh aku bawak sekitar kawasan perumahan. end up jual balik kereta tu sebab maintenance banyak. tapi every weekend lepas jog, memang praktis dgn ayah. 

dan plg aku sedih, aku tak ada saat dia sihat sebelum dia sakit. last call tu je aku igt smpai skrg. aku tak tahulah. aku rasa kehilangan sgt. selalunya aku tak layan sedih ni maybe sebab aku ada Hanin 24 jam dgn aku. bila cuti, aku duduk sorang2, mula lah nangis tak henti2. sebab tu tiap hari aku keluar. distract kan diri sendiri. aku rasa kosong. sbb selalunya cuti mst ayah ada. aku teman dia tgk movie ke apa. korg pls la jgn anggap aku x redha. aku redha. kalau tak redha aku dah gali kubur melolong2 nangis. cuma aku rasa sakit ni mmg sampai bila2 akan terasa. ayah manjakan aku sgt. ibu pun. kalau aku tgh makan, tiba2 je ada org usap kepala. kat adik beradik aku yg lain pun ayah buat. usually it was just so random. aku pun sama. tiba2 aku baring atas ayah's lap. tiba2 aku peluk cium pipi ayah. aku selalu puji ayah hensem. ayah pun suka puji aku heheh anak ayah betul. 

20 tahun Allah pinjamkan ayah. boleh pulak ayah pergi waktu hari lahir aku.. perancangan Allah kan semua ada hikmah. I always try to be a better daughter for you, ayah. mira nak jd anak solehah yah. tapi bukan senang. susah sangat. mira nak ayah bahagia di sana. ayah org baik. semua sayang ayah. semua rindu ayah. kalau la ada masa lagi, mira nak peluk ayah puas2 tak nak lepas. bila mira tgk abang, hazmi, helmi peluk pak teh, mira sedih. sebab pak teh kan iras ayah sgt. takkan mira nak peluk pak teh. so kalau mira sedih, mira peluk hazmi. mira nak ayah tgk mira berjaya. genggam PhD mcm ayah, jadi lecturer mcm ayah. nk bawak ayah ibu travel jalan2. nk belikan ayah ibu mcm2. nk joget dpn ayah lagi n tgk ayah gelak. nk dgr ayah jd imam lagi. kejap sgt rasanya. tak puas.

sekarang aku hanya ada ibu sorang. aku tak kesah ibu nak buat apa asalkan ibu happy. aku pun dh tak kuat jealous mcm dulu dgn anak murid ibu. anythg that makes ibu happy will make me happy too. ayah, skrg ktorg ada hobi baru. ktorg suka main bowling. bagus jugak la kan, yah? sebab sekurang2nya tak lah duduk rumah tiap hujung minggu n rasa kosong ayah takde :) hehehe..

okay lapang dah dada. 
walaupun bergelen air mata tumpah ;)

ayah, dtg la dlm mimpi mira. mira rindu ayah sgt.
tu je yg masih buat mira sedih smpai skrg. hmm. ayah tak syg mira ke. 

ya Allah kuatkanlah hatiku ya Allah. moga Kau pertemukan kami di syurga-Mu kelak.
amin..

6 comments:

Sihasyaa VII said...

Be strong kak yana . Allah sentiasa ada untuk akak :D

yanamia said...

:( thanks dik.. i will

Nur Adila said...

Tabah ye diyana . Love you .

yanamia said...

love you too bestie :(

Anonymous said...

salam kak, boleh dpt num private tak? nk tanya pasal unikl sbb saya dpt kos katsane. boleh tak email kat saya num akak? ajeeramaszelan@gmail.com

yanamia said...

cari fb akak Diyana Amirah