Thursday, September 3, 2015

road trip to PD

assalamualaikum :D

last Tuesday, I had a half day trip with my baby Bonts. we planned since last week but mcm biasa lah rakan2 ada aral melintang and stuffs and just 3 of us could make it to PD. even mood mcm spoiled gila sebab semua semangat tp end up haprak, nasib ada Nani yg semangat berkobar2 nak pergi jugak ;) hahaa alhamdulillah.

so we bertolak pukul 7am, sampai pukul 9. bila sampai2 Teluk Kemang lengang gila. even abg banana boat pun ckp ktorg datang awal hahaha takpelah lg best awal daripada lambat matahari dah mencanak naik. tak dapat la vitamin dari matahari (kalau hado) heh. i brought Helmi's SJ4000. so sepanjang otw pun aku dah mula record video. bila sampai pantai terus terjun mcm badak air. acah2 la nk record guna SJ. syok sendiri. tgk2... tetiba rasa mcm sj tu masuk air sbb terpadam hahaha pucat lesi muka. spoil gak lah mood kejap.

tapi hidup kena teruskan. ktorg pun teruskan jugak plan naik banana boat sorang rm15 and standing boat sorang rm20 aku hentam je nama ahaha. nasib la aku bawak monopod. so aku mmg pk spoloh kali lah sbb bukan senang nk mandi air cani tapi xnak record buat kenangan pulak! aku pun risk kan lah phone kesayangan gue utk record perjalanan kami ketika di atas standing boat. kalau tak mmg guna sj je -.-

kat instagram ada la aku upload vid tu aku pendekkan. kalau nak tgk full... mmg Allah. tkde sape nak masuk meminang aku :p hahaha buruk betul. aku mmg pakai inner neck je sbb takut pekak telinga masuk air. anyway best gila standing boat tu. aku duduk depan bersandar. Nani n Iman duduk bahagian  belakang tp dorg menghadap ke depan laut. so dorg totally jaga aku la sbb aku mmg sebelah tgn monopod, sebelah tgn pgg tempat pemegang. best do. abg tu bawak style je. tgk ktorg takut terjatuh ke apa kan. hahah ;)

lepas settle standing boat, banana boat pulak. bila nk naik banana boat, aku suruh abg tu simpankan phone. dia ada compartment tak kena air. best ah sebab dia bawak laju and jaaauh. ada sesetengah kedekut bawak dekat2 je. aku kan pakai contact lens. cuak gak masuk air dalam mata hahaha pastu takpelah abg tu tiup wisel, aku cepat2 tutup mata and angkat tangan. dia cornerrr je gedebushhhhhh sume anak badak terjatuh dgn comelnya! hahahaha sakit tekak tertelan air. wuish seronok sgt aaaa. pastu aku pun mcm alhamdulillah sekali je dia jatuhkan. tiba2 bila nk smpai pantai balik dia golekkan lg sekali. air mmg pasang ah tak jejak tanah. kelakar la sbb iman tertindih atas nani, aku lak tarik tudung iman sbb tenggelam ke tepi wahahaa sah anak badak dugong sume ada ;D bestnya abg tu amekkan gamba lek je dari jauh. so mmg berbaloi bawak phone. 

lepastu mandi lagi mandi lagi. smpai la pukul 11.45. tak sedar pun dh tgh hari. then siap2 nak balik. eh bukan balik! iman n nani tetiba nak singgah melaka nk makan asam pedas. kemain la iman google mana asam pedas sedap. haha ngantuk sgt sbb tak breakfast pun. ktorg just makan kerepek je dalam kereta. terlelap2 ternganga tidur. sian nani drive sorg hahaha. then ktorg sampai la kedai asam pedas... kemain melantak. murah sgt ! mana nk dpt kt KL harga gitu.. asam pedas ikan merah beso rm10 tu mmg affordable la ktorg bahagi 3 haha pastu sotong goreng banyak gila aku amek dgn sayur rm2.50 -.-

lepastu konon nak pergi gerak Bandaraya Melaka. fikir punya fikir nak pergi mana je pun. end up tersadai depan Zoo. nak ziarah sedara ke apa g zoo panas2 buta :( ya Allah awal2 tu mcm yay jom carik rimau! carik punya carik tak jumpa. ktorg jumpa org kejar kijang je terlepas dari cage haha. lepastu jalan la jumpa rusa, zirafah , tapir... rupanya paling hujungggg harimau :( ktorg dh mcm lesu gila. tu la bajet kuat nk redah bukit onak berduri. jauh gila. penat sgt sbb panas lepastu dh la br lepas makan. mengah -.- tiap kali nampak kerusi ktorg tersadai. hahaha. balik2 mcm menyesalnyaa. dah la zoo Melaka tu binatang tak banyak. harimau belang je byk :( singa takde pun! 

nak balik KL tu aku offer la drive. padahal mmg aku takut terlelap gak. tgk2 semua tak tidur pun haha nasib baik. kalau tak aku pun ngantuk heh. alhamdulillah seronokkkk sgt! bagus jugak tak ramai. kalau tak mmg dh mcm monyet gak la sbb geng aku tu semua cakap tak boleh perlahan. nk jerit je hahaha. 

this weekend nk g Penang pulak. moga Allah mudahkan perjalanan ameeen!










No comments: