Friday, October 30, 2015

Cuti-Cuti Krabi Day 1: Night Market

assalamualaikum :)

baru touch down from Krabi two days ago. of course kena update cepat2 sebelum memori lesap dari ingatan. tahun lepas aku pergi Shanghai tak sempat nak hapdet kt blog pun. nampak gayanya mcm dah lupa je mana aku pergi -.- lol

anywayyyy I'm soooo tanned!! cer tanya aku pakai sunblock SPF berapa? SPF 130 k mak engko! tu pun gelap sikit. ingat nak bajet2 muka kena sunburn merah2 blushing. tapi kita org Meleis kulit kuning langsat terus jadi legam lol........

alright let's get straight to the point!

first and foremost, meh nk habaq budget utk flight ticket and hotel dulu. ktorg pergi selama 4 hari 3 malam :)

FLIGHT TICKETS PURCHASED FROM, 


of course Air Asia. oh by the way, aku pergi dengan dua org kawan aku, Hanin and Hafiz. so total flight ticket utk 3 org ialah RM540.24 termasuk charge dikenakan bila guna credit card. means that, total seorang utk return flight ticket is RM180.08 termasuk tax :) ktorg beli waktu tu takde promo. but still aku rasa murah so ktorg book jela cepat2. perjalanan dari KLIA2 ke Krabi hanya memakan masa selama 1 jam 25 minit. baru nak buat ayaq liuq basiaq dah terjaga haha.


HOTEL AONANG GOODWILL

korang. nak inform ni kalau nak dapat harga hotel memurah sila lah book dekat sawadee .. aku dah buat comparison dgn agoda dan sebagainya but still sawadee offers the best price! actually aku book hotel ni sebab aku tgk ramai org Malaysia duduk sini... okay so satu malam only costs THB661. disebabkan aku book dua bilik dan aku stay selama 3 malam, total semuanya THB3966. aku anggarkan semalaman dalam RM80 lebih. ikut keadaan currency jugak. 

jadi aku boleh summarize budget utk flight + hotel satu bilik (3 malam)  = 180.08 + 240
                                                                                                                    = RM420 ++

kalau tanya okay ke tak hotel Goodwill ni, aku boleh kasi rate 3 stars kot. location dari pantai agak jauh. ktorang tiap kali g pantai mmg naik tuktuk. kalau balik dari pantai baru jalan kaki. tu pun dah lembik mcm agar2 sebab jauh benor. tapi yang bagus, depan2 hotel ada kedai makanan halal. kiranya kawasan hotel tu memang area senang dapat makanan halal. ada la pros and cons :) 

jgn lah expect hotel area sini grand mcm kat Malaysia.. mostly mcm dkt rumah kedai 3/4 tingkat. kalau yg resort pun ok cantik. tapi dari luar nampak mcm kecil but nevermind. aku suggest korg duduk area dkt dengan beach. even jauh dari restoran halal, kalau jalan sikit ada stall kecik2 jual makanan halal. tapi kalau korg ragu2 akan kebersihan dan sebagainya, sila lah duduk area Goodwill. dongak je nampak dah signboard HALAL!

dekat hotel ni tak ada lift. disebabkan hanya 4 tingkat, silalah daki tangga tu. haha tak lah penat pun. dalam bilik ada fridge, water heater (bilik air aku x function), bath tub -.- , pengering rambut dan cerek elektrik. IRON TADAK. memang spoil betul. tapi kebersihan bilik tiptop. tiap hari dia refill air mineral free dua botol.


_________________________________________________________________

AHAD 25/10/15


flight ktorg pukul 1.30pm.. thanks bonda hantarin kami di KLIA2.


memang tak ada delay alhamdulillah. selamat sampai Krabi pada pukul 2.00 ptg waktu Thailand.. utk pengetahun korg, masa di Thailand lambat sejam dari waktu Malaysia. dorg kol 6 dah gelap. kiranya sama jela mcm nak dkt maghrib waktu Malaysia. haih padat dan mampat betul AirAsia ni. nasib baik sejam lebih je perjalanan.



sampai2 je Krabi, kami terus nampak kaunter tulis SHUTTLE BUS. tak sempat nak ambil gambar. kte just bagi tau mana hotel kita, dia akan drop. only THB150 per person :) bila bas dah penuh, baru bas akan bergerak. first dia akan ke Krabi Town. dia akan drop orang dulu. lepastu baru heading to Aonang Beach :) ambil masa dalam sejam jugak la nak sampai ke destinasi. maybe sebab bas kan slow and steady, lepastu byk drop off pulak.

ktorg check in dalam pukul 3 lebih. waktu check in tu receptionist dah siap2 nak offer tour utk pergi ke pulau. kami decided keesokkan hari nya kami nak ke 4 Islands. following day baru pergi Phi Phi Island. nanti cerita detail in next post. kami rehat2 dulu lepastu keluar. nak dijadikan cerita waktu baru nak keluar tu hujan renyai.. nasib baik hotel sediakan payung. pinjam aje. 


kami lapar sebenarnya. jalan punya jalan dalam 10 minit baru jumpa kedai yg ok sikit. tu pun setelah kami surrender tak nak jalan dah. kena isi perut dulu sebab nak ke Night Market Krabi Town malam tu. jadi first kedai yg kami try is Nao Nang Restaurant. kami bertiga order Seafood Basil with rice. tgk gamba atas tu. dah melahap baru nk amek gambo. haih sodap alhamdulillah. kalau dari hotel memang agak jauh gak la menapak. ceteka bape RM nasi puteh lauk secoet ni? THB89. tapi tidak mengapa. janji sedap! 

*baru pukul 6 dh gelap*

utk ke Night Market, kami amek je pakej THB 500 utk ke Krabi Town. kalau tak sekepala THB200. sepanjang jalan dari hotel  nak ke beach, memang banyaak sangat kedai and tour. korg boleh je nak survey. pukul 6.10ptg driver pick up. naik van dalam pukul 6.45, kami pun tiba lah ke destinasi. fyi, night market hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. alhamdulillah just nice lah ada chance nak ke Krabi Town. kalau korg nak shopping souvenir, boleh je kalau nak beli kt night market. lagi murah daripada kalau beli dkt area beach. satu tshirt boleh dpt THB100. aku selalunya anggap THB100 tu bersamaan dgn RM10 je haha padahal currency kte dah jatuh teruk. x sama dah value mcm dulu. but still, suggested.

let's see apo ado,
belakang tu ada jual keychain, fridge magnet ! 11 barang THB100 :D ada jugak yg 4 brg THB200. byk choice jugak.

tekun melantak sangkaya ori.. sedap sangat.. nak nangis sbb dpt makan sekali je :'( kt beach x jumpa.......... gue punya coconut with caramel!
ceteka apa ni? sabun! lawa kan! dia carve jd bentuk bunga. at first aku tanya la dia, mcm mana nak pakai dkt badan sbb aku mati2 igt sabun badan. rupanya bukannya buat sabun badan! tapi kiranya mcm pewangi rumah or kereta. lol betul. lawa! kotak dia pun lawa.. tapi bila bawak balik Malaysia, bau kayu lagi kuat drpd bau sabun tu.. Hanin kata wangi je.

takoyaki :D THB30 only. aku sukaa sbb mcm cekodok rasa dia hehe..

kakak ni aku x sure dia jual apa. mcm ada sayur2 lah apa. aku tak makan sayur so aku intai gitu je. smpai gopro pun x clear sebab sambil jalan sambil tu ambil gambar.
kebab~ nampak badan je, x nampak kebabnya -.- haih fail amek gambo.

dekat tengah2 night market ada tempat duduk. haa boleh makan situ.

ceteka apa makanan blur tu.. rasanya kepah goreng. fried mussel :D sedap. tp byk serbuk je. gaul dgn tauge emmph!

waktu ktorg tgh melantak dan menawaf, ada je org2 Thailand buat performance. dorg bukan taraf mcm org kita kaki karok kt pasar malam tu sumbang mambang, tapi dorg mmg boleh nyanyi. x lah sakit telinga :D 

video
*tengok aku melantak cano* haha

so far aku boleh conclude, night market ni happening! tapi sebenarnya sama je mcm pasar malam rumah korg. makanan inshaaAllah kalau yg pakai tudung jual and siap tulis Halal, memang aku yakin melantak dgn jayanya. kalau korg nak beli t-shirt, better beli sini. sebab dkt Aonang memang double dia jual. padahal kualiti sama. tapi tak lah banyak choice..

video


kalau rasa datang Krabi nk shopping, totally it is not the place. sebab mmg takde benda. cuma pulau2 je killer betul subhanallah :') rindu sangat nk g pulau lagi..........

okay aku anggarkan spend dalam;

pario: THB200
tshirt: THB 430 (baju size XL sehelai THB130)
sangkaya: THB30
keychain/ fridge magnet: THB100 dapat 11 tapi bahagi dengan Hafiz
sabun carve: THB300 (satu THB100)
makanan: THB130 (antaranya, nasi goreng THB50, fried mussel THB50, takoyaki THB30)

TOTAL: THB1000+


till the next post ! :D

No comments: