Saturday, October 31, 2015

Cuti-Cuti Krabi Day 3 : Phi Phi Island

Day 1 and  Day 2 sudah dihapdet~ meh nak cite pasal Day 3 pulak :D

SELASA 27/10/15

one of the best dayssss in my life :D tahap keseronokan memang maksimum! cuci mata sampai bersih bila lihat keindahan pulau2 dan laut yg jernih :)

so macam aku cakap dlm previous post, aku memang just let pihak hotel Aonang Goodwill yg arrange tour dan pakej mana kami nak ambil. so dorg arrange kan and select Aonang Tour. harga asal per person ialah THB1200. tapi disebabkan kami book dua bilik, dorg kasi THB1000 sorang! yay :D yang penting naik speedboat. eksaited ni.

pukul 8.20 pagi Selasa dorg dh datang pick up. kelam kabut aku siap. hahaha awal benor. tp dalam resit mmg dorg dh gtau yg dorg akan pick up dalam pukul 8.15-8.45am. memang punctual lah jugak. kali ni naik van open air gak tapi ada kipas n lagi besar daripada tuktuk Barracudas Tour hari sebelumnya. 



bila sampai je di pantai Aonang, kami turun dan berkumpul. tempat berkumpul agak jauh daripada hari kami berkumpul nak ke 4 Island. pantai dia bahagian dalam lagi. kalau jalan kaki memang tergeliat gak lah urat kaki tu haha. and then pihak tour kasi briefing~ bila dh settle briefing, kami dikehendaki jalan dari tempat berkumpul ke speedboat. weh jauh ler. boleh tahan gak penat, semput dan sbgnya. ktorg bertiga memang jalan selaju yg mungkin sbb nak duduk depan boat. waktu tu pulak ada lagi 2 org kakak dr Malaysia jugak. stamina dorg lg kuat. kemain lajuuuuuuuuuuu jalan. nk cop depan jugak lettew. 

*sila bukak selipar kalau nak cepat. jauh kemahenn*


bila sampai je kami terus ke bahagian depan boat. kakak Malaysia dua org tu pun sama. sempat la berborak jugak. dari Damansara katanya. memang aku g Krabi so far aku tgk x ramai Melayu. waktu aku g 4 Island lagi lah. sebatang hidung pun tak nampak. so lega la gak ada jugak Meleis dlm bot tu. kami diberitahu yg kami akan ke 7 pulau. weh TUJUH weh! hahaha mmg sila tepek sunblock tebal2 k!


dari tempat speedboat ke pulau yg pertama memakan masa dalam 45-30 minit. wehh siapa yg nak duduk depan ni memang kena sado hati, perut serta punggung lol. sebab dh mcm naik kuda. termelambung! wuish best sgt sbb fresh air menerpa di wajah. tp kalau tak tahan panas, mohon duduk di belakang bot ye sbb ada tempat berteduh. cetengok budak yg duduk kt atas bumbung tu. lek je dia kan. hahaha tu budak2 bot ler. dh biasa melambung.

1) Bamboo Island




ombak deras gila. aku tak mandi pun kat sini. time ni baby Hanin gue kelaparan. carik la makanan tapi x jumpa. so kalau korg bawak duit kt Phi Phi Island mmg x ada function. unless kalau nak kasi tips kat tour guide. hmm  nasib baik ada oreo ktorg bawak bekal. haha

so kenapa Bamboo? aku dok usha dari jauh xde pulak pokok buluh. rupanya ada cerita di sebalik itu.. tour guide cte yg suatu ketika dulu pulau ni penuh dgn buluh. tapi one day, rakit2 nelayan hancur n rosak. so dorg guna bamboo yg ada pada waktu tu utk buat rakit and balik ke tempat dorg balik. oh begicheww.. wallahualam betul ke idok.


air mmg crystal clear.. kat sini agak ramai bermandi-manda. aku duduk bawah pokok je. 

stop di Bamboo Island dlm 30-40 minit. kemudian kami naik boat awal2 sebab nak duduk depan balik. haha

2) Pileh Bay

kami diberitahu yg kami akan dibawa ke tempat yg agak special. aku dok pk pebenda la.. rupanya dorg bawak ktorg g swimming. CANTIK GILAAA TEMPAT NI!! memang surprise jugak la :(((( RINDUNYA. ok over. selalunya tak boleh mandi kt sini. tp hr tu boleh pulak :D

*ok nak masuk dah tempat ni. belum masuk dh nampak kebiruan air laut*

*bila masuk2 tgk eh banyak gak boat lain. rupanya dorg nak kasi kami mandi sini! takde dlm pakej pun!!*

apa lagiiiiiiii terjun lah! haha kt sini x diberi goggle. sebab swimming, bukan snorkelling. seronok betul. dh la air bersih gila :(( 


tudiaa. minah saleh lone ranger tu lek je swim sorg2. aku siap borak lagi tanya dalam tak laut ni. dia kata x sangat. haha. 

ktorg terjun kejap je. hanin xnak mandi. save the best for last katanya haha. sempat lg eh menggatal dgn mamat hensem Thailand. cis. hahahaa. tapi mmg air dia jernih sgt... ikan xde sgt. eh tak tau la ada ikan tak sbb aku x pulak celup muka kt bawah haha.

ktorg mandi dlm 30 minit jugak :D thanks la tourguide baik hati ;)


3) Viking Cave

lepas mandi, ktorg pun gerak ke Viking Cave. ingat jauh, rupanya x smpai 5 minit smpai dah. area2 tempat ktorg mandi jugak la.


ktorg tengok dari luar aja. tourguide kata skrg dlm construction. aku tatau la dorg nk buat apa. tp kt sini memang banyak sarang burung katanya. singgah dlm 5minit utk amek gambar. kojap jo. nak lamo2 wat gapo. 

sho shweet :* 

4) Maya Bay 

pulau ni yg aku tak sabo beno nak g. dgr cte org kata lawa gila. tour guide kata dulu Leonardo diCappucino buat filem kat sini. lol leh lak buat lawak tourguide gue ni. Leonardo diCaprio okay? aku tatau la filem apa. memang patut la... subhanallah cantik sgt. almost cried lewls over. so dari Viking Cave ke Maya Bay ambil masa dlm 40-30 minit. bila duduk dlm bot x terasa pun lama sebab mmg aku enjoy chill2 hirup udara segar. 

bila sampai.................. memang crystal clear. bebetul crystal clear haaa. nampak semua benda dari atas boat. tapi ramai gila manusia. tu tak leh buat apa ;) 


bila sampai, kami diberitahu yg kat sini ada dua tempat yg kami kena pergi. satu, Maya Bay lah. another one ialah Lo Sama Bay. kami dikehandaki jalaaaaan ke Lo Sama Bay dulu baru chillex di Maya Bay.



vid was taken waktu dari Maya bay ke Lo Sama Bay. kena jalan x la jauh mana. dlm 5 minit and korg akan nampak view ni.. dia tempat kecik je utk tgk view. nak amek gamba sila beratur.

tu je view dia. kalau xramai leh gak pose maut sebab ada tali gantung. aku x de kuasa nak pegi dekat. jatuh nanti pendek umo.


lepastu ktorg jalan balik ke maya beach. mandi2 air kejap je. 

selfie of coz ;)

eh apis posing maut pasaipa hahah :D

kat sini agak dalam jugak lautnya. mampu mandi tepi2 je :D oh waktu ktorg main air ktorg suro mamat hensem satu bot dgn ktorg jagakan beg ktorg. bila dh settle mandi, ktorg borak la dgn dia n sorg pakcik cina ni:

uncle: you're frm Malaysia?
aku: yes, you've been there before?
uncle: of course, I'm from singapore.
aku: ohhhh
uncle: you really need to wear that huh? *pointed to my shawl 
aku: of course!
uncle: everyone can see you , haaa *gelak
aku: so bold, right

aku try fikir balik kenapa dia tanya aku gitu. sama ada itu sinis atau dia just acted nice and simply tanya without thinking how offended i was. maybe dia pelik kot sbb kat sana org swimming x pakai tudung? hahaha suka hati je -.-

ktorg lepak kt Maya Bay dalam x sampai sejam. selalunya dari one stop to one stop x smpai sejam sebab banyak pulau nak g en ~

lepas lepak2, it's time for snorkelling! yayyy! waktu yg ditunggu. speedboat gerak sikit je then benti kat depan Maya Bay. apa lagi terjun ah! alat2 snorkelling dorg siap sediakan :D

mmg clear gila nampak smpai  ke bawah. ikan kawan nemo pun ado. si Abby tu. tp ikan kuning sentiasa ada di mana2 haha ;)

ikan kuning heheh always ado



tu ikan kecik berkumpulan heheheh nampak x?









5) Monkey Bay

lepas bermain air sakan di Maya Bay,  next destination ialah Monkey Bay. agak jauh jugak dari Maya Bay. ala takde apa pun. benti tgk monyet je. bila ktorg smpai sini, hujan dh mula turun. aduyai risau gak lah. tp end up ktorg duduk je dlm bot even hujan pun. dh la x berbumbung bila duduk depan tu. tp hujan renyai je. x lebat.

monyet kat sini sumpa stuntnyet. haha stunt+monyet :p tgk monyet je pun. nasib x lompat masuk bot 


6) Phi Phi Don

TIME FOR LUNCH! bapak dah kebulur. waktu ni still hujan renyai lagi. kena jalan sikit br smpai tempat lunch. buffet ye, anak2. lauk apa ada? nasi putih, tomyam, sayur campur, fried isi ikan, spagetti pun ada. air panas dan air masak. alhamdulillah sedap. korg nak tambah, tambah la. tp ingat org blkg k :D time seronok makan tetiba hujan kemain lebat. lebatt sangat! aku dh la cuak. dulu kawasan ni mmg hancur kena tsunami haha nasib baik ok je. x kena tempias pun :)


ni kawasan makan. halal !

ktorg stop sini dalam sejam lebih gak sbb nak makan. lepastu kumpul balik. ni gambar after hujan. elok2 ktorg abeh makan, hujan renyai balik. and berhenti terus alhamdulillah..

org tak naik bot lg kami dh naik. tu haa posing maut :p 



ktorg ingat nak balik dah. rupanya ada lagi one more snorkelling. area Phi Phi Don jugak. nasib hari dah hujan. jadi kental jugak la nak snorkelling. rupanya mmg silap besar.... air laut naik. ombak tinggi. memang almost tiap masa air laut masuk mata padahal pakai goggle ketat dah. tertelan air tak yah ckp la. rasa nak mati. before ktorg turun, tour guide inform yg byk landak laut. aku macam omg....

tapi rupanya landak laut tu mana naik permukaan air pun hahaha dia duduk bawah je diam2. Hanin n Apis nampak je landak laut kt bawah. aku kan rabun -.-

air x sejernih kt Maya Bay. 

ktorg x sedar ktorg dh jauh dr bot. lepastu nak berenang balik ke bot mmg rasa nak give up. sebab ombak tolak ke belakang, kte nak ke depan. Hanin dah cramp perut. mmg rasa nak duduk situ je biar dorg pick up. tp gigihkan jugak. penat gila. moral of the story, kalau hujan, jgn la mandi. kalau reti berenang takpe. ni aku pun terkial2 hahaha.

ktorg org last naik bot. tu pun setelah ramai org dlm bot suruh ktorg n bagi smgt weh kelaka do. kasi smgt bagai. sorg kakak Malaysia tu siap turun balik nak tolong tolak aku naik. sbb mmg dah takde kudrat dah. naik2 bot je tgk2 tempat ktorg dh ada org duduk. so ktorg duduk jela belakang bot tempat berbumbung. memang ada hikmah sbb bila on the way balik tu hujan balik.. patutlah waktu ktorg duduk depan n terjerit sebab melambung, org belakang duduk diam je. sbb mmg steady je hahah tak melambung apa. 

perjalanan balik memakan masa almost 45 minutes jugak. oh waktu balik tu aku tak tahu pulak pihak tour ada amek gambar candid ktorg waktu ktorg jalan dr tempat berhimpun ke arah bot waktu sebelum bertolak and jual gambar2 tu. menyesal gak la x beli. dh la THB100 je. cantik pulak tu dorg kata.


______________________________________________________________

if you guys dtg Krabi, sila la ke Phi Phi Island. pantai cantik compare to 4 Islands. tp berbaloi jugak pergi both but stilllllll Phi Phi Island mmg the best! kalau 4 Island, kte lebih byk turun ke pulau. kalau Phi Phi, kte banyak atas bot and air. boleh la nak rasa dedua tu pengalaman pun berbeza :)


okay that's the end of day 3! :D 
last day nnt i update. xde apa sgt pun aktiviti :)










3 comments:

Izz Latif said...

Hi, I came across your blog and enjoyed reading your interesting entries on amazing stories and personal insights! I find it really great that you are sharing your experiences with your readers.

Zalora is looking to work with talented bloggers, and I was wondering if you would be keen on a one-time blog collaboration with us. Do let me know if you are interested by emailing me at izz.latif@my.zalora.com so that I can fill you in with the details. Hope to hear from you soon!

Kathy Cristy said...

Nice Post, keep posting :)
Newbie asked permission to post some promotion
Mitra303 | Agen Sbobet | Agen Judi | Agen Bola
Agen Judi Online
Agen Judi
Agen Judi Terpercaya
Agen Bola
Bandar Judi
Bandar Bola
Agen SBOBET
Agen Casino
Agen Poker
Agen IBCBET
Agen Asia77
Agen Bola Tangkas
Prediksi Skor

Obat Tradisional Radang Lambung paling Manjur said...

nice