Friday, October 30, 2015

Cuti-Cuti Krabi Day 2 : 4 ISLANDS

entry sebelumnya kat sini , DAY 1


okay! jadi yg bagus pasal Hotel Aonang Goodwill ni, dia offer one of the cheapest tour eva! ktorg decided utk pergi 4 Island. awal2 tu macam cuak kebebeh sebab dorg suruh ktorg amek longtail boat utk pakej 4 Island ni. aku dok tgk review mcm menakutkan je sebab musim hujan, ombak bergelora. tapi lepas staff Goodwill dok pujuk and cakap rugi kalau amek speedboat sebab dekat je, aku pun okay lah. pejamkan mata je. 

so, kalau naik longtail boat, cost per person is THB450. kalau speedboat THB800. banyak beza tu. awal2 bila korg check in hotel, dia dah settle kan pakej apa kte nak amek. kalau korg nak survey dulu kt area beach pun boleh. tapi sebab kami malas nak survey, then proceed jela dgn suggestion dia. korg jgn book last minit! sebab aktiviti mula awal pagi. x sempat pulak nanti. book a day before ok dah.

pukul 9.10am keesokan harinya, dorg pun datang pick up. nama tour kami ialah Baracudas Tour. naik lah tuktuk besar yg boleh memampatkan up to 20 org. open air. kemudian bila sampai ke tempat gathering, kami kena tunggu utk dapatkan sticker. so nanti just stick dgn org yg pakai sticker yg sama dgn kita jela. kononnya takut kalau sesat nanti. tp end up aku tgk semua yg pakai dh tertanggal bila mandi air haha.

*nampak x betapa mampatnya boat*

aku memang awal2 dh kata, aku tak nak duduk belakang. so memang ktorg jalan laju gila nak mam ke longtail boat and cop duduk depan sekali. panas mak engko -.- tp bagus tayah beratur lelama kalau nk turun dari boat.


  1. Phra Nang Cave

so our first stop is, Phra Nang Cave. memakan masa dlm 30-45 minit. aku membuta je sepanjang perjalanan. penat x leh tido malam sebelumnya sbb sakit perut. tu la makan x ingat dunia. lepastu mkn ubat tahan muntah pulak.. memang mamai sepanjang hari :(





 comel pulak ada pulau seketul gitu! so apa ada kat Phra Nang Cave ni? kalau korg jalan jauh sikit lepas turun dari longtail boat, ada gua. tapi aku x ke sana sebab bau colok dia kuat. tengok dari jauh je. memang ramai gila la kat sini. ramaaaai! air laut pun alhamdulillah cantikk. anak2 ikan pun banyak berenang-renang dkt pesisiran pantai. subhanallah :D aku main celop2 kaki sebab ngantuk. spoil betul. 
dekat sebelah longtail boat aku, ada long tail lain jual makanan ringan halal. kalau korg lapar sila lah beli. aku silap x bawak duit hari tu. memang tahan jela lapa. tapi jgn risau ye. lunch memang disediakan. dalam pukul 12.00 lebih tgh hari dapat la makan lunch tu.
haa tu la longtail boat kami. beso kan. x clear lak gamba. lupa nak lap air dkt screen. 
kami stop kat sini dalam sejam jugak la. tour guide akan inform kita pukul berapa kita kena naik bot. so jgn berlegar lama sgt.


video
memang gopro aku si Apis ni buat harta pun haha. so boleh tgk view dia dari atas bot. maceh apis.


2. Chicken Island

lepas pergi Phra Nang Cave, kami pun head to Chicken Island. ambil masa dalam 20-30 minit. dia sebenarnya pulau berbentuk ayam. tapi kte tak stop and drop kt situ. cuma ambil gambar sahaja. aku mcm biasa, tidur. ya Allah mmg mengantuk sgt :( 



amek gambar pun mmg tak cantik angle dia. sebab malas nak bangun haha. kami diberitahu kt sini kami akan snorkelling. at first mmg cuak nk mam sebab first time snorkelling dulu kat Pangkor aku injured teruk sbb terkena batu karang. tapi alhamdulillah berbaloi gila! yay pandai dh snorkelling. tak takut dah kaki x jejak tanah haha. dia jalan depan sikit baru kte boleh snorkelling. bukan depan2 pulau ayam ni pun.

waktu ni terkapai2 lagi. gopro pun apis yg pegang. so memang gambo ikan aku x amek. tp nnt bawah sekali i olls tunjuk video compilation for day 2 oteh?! so ada ikan tak??! ada!! ikan banyak gila bawah bot. aku memang duduk situ sementara tggu Hanin naik atas bot nk betulkan goggle dia yg longgar tu. aku tunggu kt bawah dok  main dgn ikan. ikan apo ado? ikan kuning. bukan ikan selar... tu buat makan sodap. haha. hm apa ada bawah air tu?

clear kan? aku yg rabun pun nampak batu karang bawah tu. emm ckp pasal rabun.. aih sedih ler. haha patutnya nak pakai lens je snorkelling tp mata aku luka sbb pakai lens. so memang aku on off pakai specs lah. x la nampak details apa ada bawah tu :( apis ckp ada ikan lain selain ikan kuning...

memang seronokkkkkkk! x sangka best snorkelling ni :D aku puji tour ni sebab dia pandai cari port byk ikan :) snorkelling dalam 30 minit +- x puas tapi ok la alhamdulillah janji selamat haha 



3. Tup Island

ohhh waktu nak ke Tup Island ni laut pasang gilaaaaaaa. waktu sampai ke Tup Island, air laut mmg pasang teramat. memang ada sikit je pesisir pantai kami boleh duduk n tgk view laut. so dkt Tup Island ni kami diberi lunch dijamin halal inshaaAllah. dia dh siap pack nasi n lauk dr dalam bot. kte just beratur, amik makanan dan duduk makan depan laut dkt batu2 tepi pantai. 

aku memang sangat terkesima bila sampai sini. subhanallah air dia jernih sgt... 

apis sampai2 terus nak terjun dulu hahaha semangat btul.

haa nampak tak mat salleh belakang dok terdampor tu? haa patutnya kalau air x pasang, kte boleh jalan cross ke pulau belakang tu. aku memang nk sgt dtg sini sebab nk jalan kt situ tp nasib x baik, air pasang :( 

haa marah ni marah. suka sgt cuci mata. lol

dari tempat drop off, kena jalan dalam sikit then jumpa la tempat ni! disebabkan aku mengantuk sepanjang hari dan we lack of time, kami x cross pun ke pulau blkg. lgpun tahap kepanasan tu mmg boleh menggugat iman jugak. 

aku estimate kami lepak sini dalam sejam jugak :) memang cantik sgt air laut sini. tapi ombak kemain deras. kecut peyut itew. 


video


4. Poda Island

our last stop! dari Tup Island, makan masa dalam 30 minit. aku perasan jarak dr pulau ke pulau x la jauh tapi biasalah naik long tail pulak, memang amek masa 30 minit jugak la. aku dah penat makan, tido la apa lagi. rugi betul. 

pulau dia agak besaaar. kat sini ramai mmg berehat. kami diberitahu yg Poda Island is National Park. pakej yg kami amek dah siap2 include entrance fee. so tak payah bayar dah. memang subhanallah.. air laut dia berlayer2 mcm kuih lapis. biru cair, biru pekat. aku memang kiok dah. bentang selendang, then tido. hahahaha kuat betul penangan ubat muntah tu :( kt sini kami stop agak lamaa. dalam sejam setengah. boleh la mandi manda. aku celup2 kejap je sbb nak tido en -.-

waktu ni gopro dah kong king kong. so memang tak amek gambar lah sgt :(





video
ni video. ada ikan kan kan? hehe.

kami pulang dri Poda Island dan smpai dlm pukul 4 ptg :) lepastu tour akan hantar kte kat hotel masing2. tak yah nk menapak jalan kaki hehe.


pada sebelah malam, kami memang dah berazam nak pekena banana nutella makcik Yaminlah. memang lapar lah cte dia. aku x order banana nutella sebab aku x suka nutella. tapi bila dah rasa... haih gian :( hahaha



kedai makcik Yaminlah dari pantai, kita ke kiri dan jalannn je. kalau dari Goodwill memang kiok dah jauh sangat. naik tuktuk baru THB30 sorg :D makcik ni pandai ckp melayu. comel je. 

tada!! from above, banana cheese, banana chocolate and banana nutella! aku order banana chocolate. dia just letak syrup atas tu. tapi pancake dia mmg lah sodap :( nak try buat kt rumah la! haha aku tgk dia  just lempar tepung mcm buat roti canai tu. bfr that letak marjerin, x guna minyak. then letak pisang tengah2 lempeng, lipatkan lepastu balikkan. tu je. tp mungkin tepung dia yg buat sodap! kemudian letak susu pekat Carnation atas pancake. weh :( sodapnya.

lepas makan tgk sunset kejap. tak la sunset sangat sbb matahari terlindung.


eh perut masih lapar lagi! apa lagi, kami jalan jela dari pantai ke area hotel sebab nak usha kedai makanan halal. sebenarnya kami dok carik mana kedai Lemon Restaurant. ramai kasi good review tapi xde jodoh agaknya. sampai ke sudah kami x p sana. end up kami try makan kedai depan hotel ktorg. Bamboo Restaurant. waktu tu pulak ada promo sekor ikan siakap THB200. apa lagi, pekena jelah.

aku boleh ckp harga dia agak mahal. tomyam coet gitu dlm THB139 -.- nasi sepinggan THB39. bila makan x la sedap sgt. biasa je. habis dlm THB700 gak la. lauk ikan siakap masam manis, tomyam kecik, telur dadar and nasi. air teh ais dua, air nyiur satu. yg aku x puas hati, memang la ada baki dlm THB10. tp boleh pulak org tu cakap kalau lebih kira halal eh. aku x suka sgt org meminta ni. biar aku kasi, jgn org mintak. haa xpelah mmg aku halalkan pun. tp x suggested. mahal nk mampos. portion coet. tp xpe. alhamdulillah. janji kenyang. 

so that's it! the end of day 2. aku boleh conclude yg 4 islands mmg best sebab banyak pulau kami boleh turun and sightseeing. cuma yg spoilnya aku mengantuk. tu je haha :)

okay till next post! 



1 comment:

Kathy Cristy said...

Nice Post, keep posting :)
Newbie asked permission to post some promotion
Mitra303 | Agen Sbobet | Agen Judi | Agen Bola
Agen Judi Online
Agen Judi
Agen Judi Terpercaya
Agen Bola
Bandar Judi
Bandar Bola
Agen SBOBET
Agen Casino
Agen Poker
Agen IBCBET
Agen Asia77
Agen Bola Tangkas
Prediksi Skor

Mitra303.com Adalah Agen Judi Terpercaya yang Menyediakan Beberapa Permainan Judi Online Seperti SBOBET, IBCBET, ASIA77, TANGKASNET99, 1SCASINO, 338A, ASIAPOKER77

Join Segera Dan Dapatkan Bonus Menarik Dari MITRA303 seperti :

1. PROMO BONUS DEPOSIT 20% UNTUK PRODUK SBOBET, IBCBET dan 30% UNTUK ASIA77 ( SportBook )
2. PROMO BONUS ROLLINGAN 1.25% untuk SBOBET,IBCBET dan ROLLINGAN ASIA77 1.35% ( SportBook )
3. PROMO BONUS DEPOSIT 10% UNTUK CASINO ONLINE
4. PROMO BONUS ROLLINGAN 1% ALL CASINO ONLINE
5. PROMO BONUS DEPO 30% UNTUK BOLA TANGKAS
6. PROMO BONUS ROLLINGAN 2% UNTUK ASIAPOKER77
7. PROMOSI CASHBACK 10% ALL PRODUK
8. PROMO REFERENSI 10% JIKA MENGENALKAN MITRA303 KEPADA TEMAN ANDA

Info Lebih Lanjut Kunjungi : www.mitra303.com/promosi
Rasakan Bonus2 nya Hanya di MITRA303
Come Join Now !
Website >>> www.mitra303.com
Register >>> www.mitra303.com/register

Mitra303 juga menyediakan Prediksi Skor terupdate di : www.mitra303.com/category/prediksi-bola/