Friday, June 3, 2016

al-fatihah tokmak

rasa macam masih dalam mimpi.. susah untuk aku terima tapi sebagai orang Islam, aku kena redha.. arwah tokmak menghembuskan nafas yg terakhir semalam pada pukul 9.15 pagi ketika tidur. rasa macam cepat sangat. malam kelmarin aku tergerak hati nak jaga tokmak sebab selalunya ibu yang jaga. aku kesian kat ibu. jadi sepanjang malam kelmarin aku tak dapat tidur sebab setiap seminit tokmak akan terjaga dan semput. aku tanya tokmak nak air, dia diam shj. aku usap dada tokmak, aku usap tangan tokmak, baru tokmak tenang.. dan it went all night until subuh..

lepas subuh aku tukar shift, aku naik bilik atas n nak try tidur. tp baru aku nak lelapkan mata, adik aku. hazmi ketuk pintu bilik sambil menangis. 'akak, tokmak dah takde..' aku terus turun bawah dan hampir pengsan :'(

ya Allah.. baru semalam mira jaga tokmak.. mira suap bubur, mira lap muka tokmak :'( mira tak sempat mintak maaf kat tokmak.. tp tokmak pergi dgn tenang.. kami pun tak sedar bila sebab kak wati, pembantu rumah aku yg aku anggap mcm keluarga tu yang perasan tokmak dah tak bernafas. padahal beberapa minit sebelum tu ibu baru letakkan air zamzam ke mulut tokmak.. tokmak ibarat terlena..

mira harap mira dah jalankan tanggungjawab mira sbg seorang cucu.. mira syg tokmak sgt.. pergilah tokmak ke alam sana.. tunggu kami ya.. :'(

arwah tokmak dikebumikan di tanah perkuburan sama dgn arwah ayah..

al-fatihah..

No comments: