Sunday, June 12, 2016

campak belakang

assalamualaikum :)

hari ni rasa nak throwback kisah masa kecik2.. memang lawak  n tak sangka jugak perangai aku gitu. ibu pun tak tahu yg suatu ketika dulu aku ni sangatt nakal. aduyai abeh la anak2 aku nanti. jangan ikut perangai mama ya sayanggggg ocococococo muahx haha

ok waktu aku umur 6 tahun, aku budak yg paling besar (read: gemuk) dan tinggi kat tadika. aku jugak budak paling pandai so cikgu semua sayang.. tp dalam diam aku ni bapak setan kat tadika. semua budak takut dgn aku sebab aku taiko. aku pembuli......... tak caye kan? tengok aku ayu ayu lembik tp sebenarnya garang mak kau. org terpilih je dapat tgk ke singa an aku sekarang.

waktu kecik2, aku ni dipanggil ketua perempuan. dekat tadika ada jongkang-jongket yg ramai2 boleh duduk. ada jugak buaian. aku sebagai ketua akan mengarahkan budak2 bawahan aku untuk tolak aku. aku xpernah main swings without ada org tolak. kalau jongkang-jongket panjang tu pulak aku akan duduk paling depan, bukak tudung and pakai mcm princess kemudian aku akan lambaikan tangan sambil berhuhu.

bukan tu je. dah la pembuli. semua budak kat situ siapaa je yg tak pernah kena cubit? semua takut dengan aku. even PA aku, Nana yg sekarang ni dalam geng aku pun pernah kena cubit. haha ya rabbi jahatnya. ada satu memori yg aku ingat sampai skrg. waktu tu semua budak2 dah masuk kelas.. tinggal lah aku dengan Nana, and seorang budak 4 tahun yg agak comel. disebabkan dia comel, aku geram.. so aku suruh budak tu duduk depan aku. then........ aku cocok mata budak tu dgn lalang. HAHA sian budak tu. boleh pulak waktu aku ngan Nana sibuk membuli mak dia keluar rumah nak datang tadika. kebetulan rumah dia depan tadika je. aku dah pucat. cepat2 masuk kelas........... hahahaha

dekat tadika tu jugak ada ketua lelaki.. baihaqi nama dia. sampai skrg ktorg kawan. masa kecik2 dulu dua2 kemain setan. pernah satu hari tu dia cari gaduh, dia ludah aku. aku apa lagi... jgn main2 sama kak long! aku tendang balik, ludah balik (padahal aku tatau nak ludah cane) hahahaha bapak geli bila fikir2 balik.. ya rabbi jantan betul perangai :D

perangai buli aku ni beransur hilang waktu aku nak naik darjah dua... masa darjah satu aku cubit jugak budak2 kelas.. cubit kalau dorg tak kasi pinjam duit. zaman dulu susah, belanja rm1 sehari. maksudnya 50 sen pagi sk kebangsaan, 50 sen petang sekolah agama -.- kadang2 lapar sangat aku paw la duit budak lain. sesambil tu aku cubit.......................

in case kalau pembaca blog aku ni pernah dibuli dan dipaw oleh aku, please la pm tepi... hutang tak bayar -.- kejam betul........... memalukan....... hahahahahaha

waktu darjah dua aku dah mula jadi angel.. org lain lak buli aku -.- bila sekolah rendah, perangai lain pulak... menipu pura2 solat padahal malas, pura2 sakit tak nak datang sekolah sebab takut cikgu marah.. aku memang dramaqueen sejak azali...

mohon bakal anak2 ku tak berperangai sedemikian. kalau ye... nampak gayanya salah mama dia lah. hahahahaha



No comments: