Monday, June 13, 2016

independent girl

aku dibesarkan dengan sikap bukan suka meminta-minta. kami dari kecik ibu ayah tak manjakan dgn harta benda. dapat hadiah kalau dapat nombor 1,2,3 atau hari jadi. sampai ke besar kami 4 beradik tak ada la nak mintak itu ini. cuma adik aku yg bongsu ni jela.. dari kecik tidur nak berekon, manja kemainn. tp still tak meminta benda bukan2.

bukan nak cakap besar. tapi didikan ibu ayah tu lah yg buat kami sedar betapa susahnya nak dapat sesuatu. skrg ni mungkin korang nampak aku loaded la beli itu ini, beli make up sokmo and etc tapi aku tak mintak duit orang. cukup bulan, elaun MARA masuk, ada duit belanja sikit then that't it. kadang2 kalau tak cukup duit, aku diamm je. nanti ibu tanya ada duit belanja tak. kalau aku diam tu baru ibu hulur sikit. tu pun kalau ibu kasi rm100, aku mintak rm50 je. guilty.

sekarang ni sejak aku dah officially menganggur dan nafsu serakah aku nak shopping make up masih menggunung, aku kena lah mula fikir jalan nak cari duit. elaun MARA bebila masa boleh stop sebab aku dah habis belajar. so.. aku jual la preloved items aku dkt carousell. so far alhamdulillah business ok.. aku tak fikir nak untung. janji clear barang2 aku ni. banyak sangat dah sampai almari tak muat -.-

so hasil daripada jualan aku kat carousell, i managed to buy meja ikea untuk aku letak mekap2 aku, cermin dinding, rak utk handbag and penyangkut baju. around rm400 plus jugak. aku tak la nak beli mahal2.. janji ada. ibu cakap dia terharu sebab anak2 dia tak suka meminta.. takpelah, banyak sgt dah ibu beri, aku dah besar kena la tak susahkan dia lagi..

kalau adik bongsu aku, dia kalau nak tengok wayang ke apa dia takkan mintak duit ibu. kadang2 dia malas nak makan kat sekolah, dia kumpul la duit.. adik aku yg bawah aku setahun lagi la.. dari kecik tak pernah mintak pape. sampai ke besar duit sentiasa ada. kadang2 ibu paksa dia ambil jugak duit ibu hulur. dia tak nakkkk je memanjang.  

tapi ada sorang je yg aku suka susahkan. my guardian angel aku



budak ni spoil aku sangat.. semenjak bisnes jual beli phone dia makin maju, aku claim la hadiah sbb aku selalu teman dia. ala tak mahal mana.. duckscarves sehelai je wahahaha shian baby.


point kat sini... aku dah ada kesedaran yg aku ni dah besar.. jgn asyik nak meminta.. takde duit tak payah keluar rumah. duduk ontok2 kat rumah tu haaa jah oi. and jangan biasakan diri meminta. kalau mak ayah korang suka kasi barang kat korang tu lain cerita. you have to earn it. lg rasa puas. hidup aku tak lah senang terlebih.. tapi cukup la makan minum.

kepada yang ada mak bapak lagi, janganlah call mak bapak bila duit dalam poket dah kering je.. selalunya kita mesti call ayah sebab nak duit kan. kalau takde hal mmg takkan call lah cite dia.. sian mak bapak korang.

jadiiiiiiiiiiiiiiiii semoga diyana amirah dimurahkan rezeki, dapat kerja secepat mungkin (apply pun tak lagi) supaya boleh balas jasa ibu... aminnn..




No comments: