Friday, June 24, 2016

lasik surgery part 1

genap seminggu aku menjalani lasik surgery. alhamdulillah sakit dah hilang.. cuma silau tu masih ada... pandangan pun x lah 100 peratus nampak. ada jugak samar2.

so sebelum korang nak consider untuk undergo lasik surgery ke tak, baik korang tanya diri sendiri dulu.


  • kenapa aku nak buat lasik?
    sebab nak melawa? sebab rimas pakai specs? sebab nak main sports?  and adakah gelojak jiwa remaja anda tu sangat ketara sampaikan bila tengok specs sendiri rasa nak patahkan je?
  • berapa umur aku? sesuai ke?
    aku diberitahu yg org yg paling sesuai buat lasik ialah those yg berumur 25 tahun ke atas. aku baru taaaaahu sejurus aku buat lasik n fyi, i'm only 22 so yeah.. too little too late haha tp kalau korang punya power mata dah ok and stabil, why not. 
  • aku ni manja tak? berani ke ketaq lutut sokmo?
    to be honest, aku ni dlm kategori berani jugak. before lasik tu tak lah mcm fikir kesakitan yg bakal dihadapi. aku fikir positif je. tp positif aku tu berpenghujung sampai aku baring atas katil bedah shj. sebab............
  • mata aku kering tak?
    aku mempunyai mata yg agak kering. ekstrim jugak sbb aku dh tak boleh nangis dah haha so.. kalau anda mempunyai mata yg kering, wa nak cakap yg akan sakit sedikit... compared to those yg mata normal.. sampai skrg masih ngeri.
  • berapa bajet aku untuk habiskan duit buat lasik?
    kalau korg ada bajet banyak, boleh la ke muhaya... aku yg bajet ciput dalam 3k je buat kat advance vision. so teknologi mungkin berbeza tp bg aku berbaloi alhamdulillah.
  • kalau power mata aku naik balik, sanggup x aku nak buat lasik lg?
    di advance vision ada lifetime warranty. meaning selagi doc tu hidup, selagi tisu mata kita cukup, selagi advance vision tak lingkup, kalau power mata naik boleh buat lasik lagi. 
kalau korang rasa korang sangat desperate nak buat lasik, ada duit, sanggup tahan sakit, just go on... aku tak expect sakit mcm tu.. aku dgr org kata tak sakit and in scale of 10, sakit dia sebanyak 5/10. but personally i would say, 6/10. up sikit. aku tak tahu maybe depends on eyes jugak.. mata aku kering so maybe agak sakit drpd biasa. and aku ada anak mata yg agak besar. so idk la maybe ada kesan ke atau doktor nak tekan mata hitam aku lg susah.

waktu dalam operation room,

doc : hi dyanaaaa, waa you have a pair of big eyes!

me : hiii, omg is it normal?

doc : yes of course!!! beautiful, diyana. very beautiful!

me : ohhh thank youu. *senyum2 until mata dah kena tekan 

doc : where do you live dyana. *doc nak distract aku drpd rasa sakit

me: cheras.. *aku dah mula hok hek mengerang 

doc : have you heard this song before? i think you havent born yet! *lagu zaman 80s -.-

me : haha i dont know. *rasa  nak pengsan dah

doc : haa sikit lagi waaa you're doing good dyana, love you dyanaaa. tak sakit kan..

me : *dalam hati nak je ckp eh sakit laaaaaaaaaaaaaaaaaaa


tp alhamdulillah.. cepat sangat rasanya operation berlaku. dalam 10 minit. satu mata 5minit tp aku tgk mcm tak sampai 5 minit pun.. bila keluar operation room mmg tak nampak apa.. balik rumah, tidur. bangun tidur vision dlm 50%. esoknya baru ok..

sakit tu hilang dalam masa 5 hari jugak.. cuma berbalam-balam tu biasa la. kalau aku x pakai shades bila keluar, nnt pandangan aku jd malap. n oh.. normal la kalau buat lasik mata jd kering. ok aku rasa berbaloi la dgn kesakitan seminggu aku ni.. mmg memakan masa nak sembuh.. tp perasaan bila x pakai specs tu priceless.. nampak tempat sujud.. sebelum ni mana tau sejadah ni terbalik ke tak. hahaa nikmat mata ya Allah... rasa nak nangis tp x de air mata pulak.

cuma sekarang aku kena jaga mata elok2.. sbb taknak rabun balik. kalau rabun balik kena wat lasik balik. maksudnya kena sakit balik. taknak weh.




nnt aku update full story ya. nak rest mata jap!

No comments: