Wednesday, June 15, 2016

last CGPA



alhamdulillah setiap titik peluh nak menimba ilmu ni berakhir dgn baik. hanya mampu bersyukur.. alhamdulillah. dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, kita kena selalu tahu konsep 'tiada usaha, tiada hasil.' tapi jangan lupa pasang  niat untuk menimba ilmu demi mencari keberkatan dan kemanisan setelah mengharungi kepayahan. kurangkan mengeluh.

liku-liku hidup aku sebagai seorang pelajar bukan senang. zaman asasi di UITM Puncak Alam dulu sangat susah. aku sampai mempersoalkan kenapa laa aku belajar susah-payah tapi result teruk. aku give up dengan aliran sains dan decided untuk sambung belajar dlm jurusan yg sangat berbeza.

pada awal semester pertama, aku mmg lost. tak tahu arah tuju. bila tgk lecturer mengajar account, rasa nak nangis. tp i went through it. semester 2 agak terumbang-ambing. only managed to get 3.47 gpa. waktu tu rasa nak mengamuk sebab seorang lecturer ni kasi aku C+. bukan kat aku je, tapi hampir separuh kelas. alasan beliau? sebab beliau tak cam and kenal ktorang. 

tapi hikmahnya ialah aku lebih berusaha keras untuk semester berikutnya. aku usaha lebih dan maintain dekan setiap semester. alhamdulillah. pernah satu hari seorang kawan aku mempersoalkan kenapa aku ambil course tak professional mcm finance ni. aku tak tahu nak cakap apa. sebab aku tau plan Allah itu lagi hebat. biarlah orang nak mempersoalkan. aku tau rezeki di tangan Allah. 

tak semestinya result tinggi masa depan cerah.. tak semestinya kau ambil course kemain hebat dapat membuktikan kau lagi hebat. sekarang ni semua itu bukan jaminan. janji rajin. kalau rajin, ada usaha, Allah redha, inshaaAllah Allah akan permudahkan. tapi still, keputusan itu satu kayu ukur untuk seseorang pelajar. cgpa tu jugak la yg majikan akan tengok dahulu.

pada umur 22 tahun, aku dah habis ijazah.  master inshaaAllah bila dah setahun dua kerja.. ikutkan hati dulu nak sambung  belajar terus tapi lg elok aku cari duit dulu... balas jasa orang tua dulu.. 




No comments: