Friday, June 10, 2016

salam ramadhan

salam alayk.

kejap je masa  berlalu. dah hari kelima puasa dah. Alhamdulillah.. though it doesn't feel the same anymore without tokmak but life goes on. walaupun setiap sudut rumah aku terbayangkan tokmak, aku tak layan perasaan aku ni.. it feels different. this year also marks the third year berpuasa tanpa ayah..

tapi Alhamdulillah aku sangat bersyukur.. dua2 pergi dengan cara yang baik.. dan keluarga aku pun sangat redha. kawan2 aku label aku ni seorang yang tabah. bila fikir2 balik.. ye la kot.. perasaan kehilangan itu sangat menyakitkan. sangat sangat. aku jenis yang tak layan sangat kesedihan tu. tapi bila sekali datangg perasaan rindu tu, sakitnya ya Allah.. sampai migrain. sebab tu taknak layan sangat perasaan sedih tu. kalau dilayan, boleh jadi gila nauzubillah.

percayalah janji Allah itu pasti.. mungkin hari ini hari aku, esok lusa siapa tahu giliran sesiapa.. mati itu pasti.. tiap kali aku dengar lafaz talkin, aku jadi risau.. orang yang aku sayang pergi dgn cara baik.. mcm mana pulak cara aku pergi.. dosa banyak.. :(



ya Allah, terimalah taubat hamba-Mu ini.. taubat hamba-hamba-Mu yg berdosa.. bukalah seluas-luas pintu taubat-Mu pada bulan yg mulia ini dan jadikanlah aku hamba-Mu yang beruntung.. amin..



salam Ramadhan semua.



No comments: