Thursday, September 29, 2016

.

Mungkin aku diuji untuk diberikan kesedaran betapa sudah jauh aku tersasar, betapa dunia itu sahaja yg kucinta. Mungkin Dia menghantar seseorang untuk menguji sedalam mana bukti kasih aku pada Dia. Adakah aku masih setia pada-Nya atau terleka sementara? 

Aku bukan insan sempurna. Kadang kala lemah jatuh terduduk. Kadang kala iman turun dan naik sama seperti semua. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya Kau uji kesakitan hati ini untuk aku lebih sedar bahawa Kau yang patut kuagung, bukannya manusia yg hanya mengecewakan tidak berpenghujung. 
 


Sabar. Buat apa nak risau perkara yang memang Allah dah tulis sejak azali? 

No comments: